SEREMBAN: Majlis Amanah Rakyat (Mara) bercadang memperkenalkan program kokurikulum bersesuaian di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademik bahkan memiliki sahsiah dan jati diri yang baik.
Pengerusi Mara Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata perkara itu telah dibincangkan bersama bahagian pendidikan MRSM dalam mengenal pasti senarai dan jenis program kokurikulum yang perlu dilaksanakan di institusi berkenaan.
"Kita juga turut mengadakan perbincangan awal dengan Badan Pemuafakatan Pendidikan Mara Malaysia (Muafakat) semalam berkenaan perkara itu sekali gus bagi membendung masalah buli dalam kalangan pelajar.
"MARA memandang serius isu buli membabitkan pelajar MRSM dan budaya itu tidak sewajarnya wujud dalam kalangan pelajar ini dan perlu dilihat secara mendalam. Kita tahu tidak mungkin 100 peratus tiada langsung kes buli berlaku tetapi kita cari jalan meminimumkan kes berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pusat servis kenderaan Petronas AutoExpert di sini hari ini, bagi mengulas kejadian buli membabitkan pelajar MRSM Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini dengan 10 pelajar yang terlibat dalam kes berkenaan ditamatkan pengajiannya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Mara telah memperuntukkan sebanyak RM6.45 juta kepada lapan usahawan terpilih menerusi Program Pembangunan Usahawan Automotif MARA Petronas (PUMP) setakat ini.
Azizah berkata program yang diperkenalkan awal 2021 itu bertujuan membangunkan industri automotif negara dan meningkatkan keupayaan serta daya saing usahawan supaya lebih kompetitif di pasaran dengan kumpulan pertama membabitkan 29 pengusaha bengkel kenderaan termasuk di Negeri Sembilan dan Selangor.
"Mereka dipilih melalui proses temu duga dan konsep bengkel yang dibangunkan adalah berdasarkan kriteria ditetapkan. Setakat ini, seramai lapan usahawan terpilih menyertai PUMP yang tiga daripadanya sudah menerima pembiayaan serta bengkel mereka sudah beroperasi.
"Lima lagi usahawan menerima pembiayaan pada hari ini sebanyak RM500,000 hingga RM1 juta mengikut kelayakan ditetapkan. Bagi tahun depan, kita akan tambah peruntukan sebanyak RM10 juta lagi," katanya.
Beliau berkata PUMP merupakan kerjasama antara Mara dengan Petronas Dagangan Berhad (PDB) dengan pembukaan beberapa outlet Petronas AutoExpert dan Auto Servis oleh usahawan bumiputera terpilih untuk mengembangkan perniagaan mereka.
Tambahnya, Mara juga membelanjakan sebanyak RM450 juta melibatkan lebih 25,000 usahawan di seluruh negara untuk program keusahawanan sepanjang tahun ini.
Untuk rekod, Mara telah menyalurkan sebanyak RM74.57 juta kemudahan pembiayaan perniagaan melalui Mara Integrated Smart Auto (MISA) kepada 52 usahawan dalam tempoh lima tahun ini selain turut mengadakan sesi latihan serta program keusahawanan kepada lebih 4,000 usahawan dalam bidang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 17 2021
MARA memandang serius isu buli membabitkan pelajar MRSM dan budaya itu tidak sewajarnya wujud dalam kalangan pelajar. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
MARA berjaya turunkan peratusan pinjaman tidak berbayar - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara langkah diambil termasuk tindakan undang-undang dan penyitaan aset peminjam.
Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana-mana pihak yang berhutang wajib membayar pinjaman tersebut.
Usahawan MARA diseru manfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diseru memanfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi mengetengahkan dan mempromosikan produk mereka ke peringkat antarabangsa.
MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.
Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Seleweng dana latihan penerbangan: MARA sudah ambil tindakan undang-undang
MARA memaklumkan pihaknya memfailkan writ saman pada 7 Jun 2022 terhadap syarikat yang disyaki menyeleweng dana latihan penerbangan itu.
97,866 peminjam MARA disenarai hitam - Rubiah
Rubiah berkata senarai hitam itu dikenakan terhadap peminjam yang tidak dapat membayar pinjaman dalam tempoh tiga bulan dan hanya terangkum dalam pengurusan MARA sahaja.
Lagi kes pelajar keracunan makanan, Asyraf Wajdi terjah MRSM Terendak
Kes keracunan makanan di MRSM Terendak melibatkan 48 orang pelajar, dengan enam daripadanya terpaksa masuk ke wad kecemasan.
Pengerusi MARA terjah dewan makan MRSM Mersing
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melakukan terjahan bagi memeriksa keadaan di dewan makan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mersing, Johor.