awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bumbung Masjid Kampung Tebauk runtuh

Astro Awani
Astro Awani
29/09/2013
09:09 MYT
Bumbung Masjid Kampung Tebauk runtuh
Kira-kira 40 peratus bahagian bumbung Masjid Kampung Tebauk, Bukit Tunggal, Kuala Terengganu bernilai hampir RM6 juta yang siap kira-kira dua tahun lalu runtuh awal pagi tadi.
Penduduk yang tinggal berhampiran masjid berkenaan mendakwa terdengar bunyi dentuman kuat kira-kira jam 4 pagi.
Bagaimanapun kejadian runtuhan itu disedari kira-kira jam 5 pagi apabila bilal, Man Mat ke masjid berkenaan untuk azan Subuh.
Menurut Man Mat, 61 tahun, berkata beliau tidak menyangka berlaku tragedi negeri itu berlaku di masjid berkenaan.
“Pada pukul lima pagi, saya sampai dekat pintu pagar, saya buka semua sekali, dan naik membuka pintu sebelah sana. Kita tengok siling sudah runtuh,” kata Man Mat.
Bagaimanapun, keadaan tersebut tidak menjejaskan semangat seramai 25 jemaah yang tetap menunaikan solat Subuh walaupun sebahagian bumbung masjid itu runtuh.
Pada 20 mei lalu, 12 jemaah masjid yang baru sahaja menyelesaikan solat Isyak nyaris maut setelah bumbung hadapan masjid di Kampung Binjai kertas, Hulu Terengganu runtuh.
Manakala pada 3 oktober 2009, bumbung bahagian hadapan Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman juga runtuh menyebabkan tiga mangsa cedera.
Topic Berkaitan
#bumbung
#Masjid Kampung Tebauk
#runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan