KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, akur dan membuat permohonan maaf pada persidangan Dewan Rakyat pada Selasa kerana menggunakan perkataan ‘bodoh’ ketika sesi Dewan minggu lalu.
Beliau bertindak demikian setelah Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengarahkan beliau menarik balik perkataan ‘bodoh’ dan membuat permohonan maaf.
“Saya pun tidak tahu, saya sedang berhujah, tiba-tiba satu orang yang tangkap naik tanpa berdiri (mencelah), siapa yang makan lada dia rasa pedas.
“Walau bagaimanapun untuk menghormati Dewan yang mulia ini saya tarik balik, saya akur dan mohon maaf kepada Dewan yang mulia ini," katanya.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Tenom, Noorita Sual mengemukakan usul kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen susulan kenyataan kurang sopan, tidak benar, berbauh fitnah, bersangkaan jahat dan mengelirukan Dewan terhadap kesemua Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) pada Selasa minggu lalu.
Usul itu yang dibawa itu merujuk kepada Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri I Sabah itu.
Susulan ucapan Bung Moktar berkenaan, Dewan Rakyat menerima permohonan maaf tersebut.
Dalam pada itu, Azhar berkata, beliau akan memberi jawapan kepada Noorita mengenai usul tuduhan Bung Moktar terhadap kerajaan PH yang didakwa memotong peruntukan bagi projek Pan Borneo.
“Saya telah melihat jawapan Menteri Kerja Raya mengenai isu sama, saya akan jawab kepada Tenom,” katanya.
Rabu lalu, Noorita menerusi surat usul kepada Azhar menyatakan :
“Ahli Parlimen Kinabatangan telah pada hari Selasa, 22 September 2021 dalam Dewan membuat kenyataan berikut :
"...sebab Jalan Rayanya tidak teratur, tidak tersusun, sebab itu, waktu Barisan Nasional memberi projek Pan Borneo, dan peruntukkan ada, Pakatan Harapan naik, potong, ini masalah. Di Sarawak, dia tak potong pulak. Orang bodoh saja minta bukti, kalau Yang Berhormat bodoh, Yang Berhormat bodoh lah. Tanya bukti, itu orang bodoh, Yang Dipertua. Kalau nak jadi Yang Berhormat di sini, jangan jadi bodoh. Be a wise man... projek Pan Borneo di Sabah sudah tidak ada peruntukan.
“Kenyataan Bung Moktar jelas bercanggah dengan Peraturan-Peraturan Mesyuarat 36(4), 36(6) dan 36(12),” katanya pada Sidang Media di Bilik Media Parlimen pada Rabu minggu lalu.
Usul berkenaan turut disokong oleh Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee dan Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin.
Umavathi Ramayah
Tue Sep 28 2021
Bung Moktar Radin memohon maaf selepas diarahkan Azhar Azizan Harun. - Gambar fail/BERNAMA
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Yoon Suk Yeol ikrar lakukan yang terbaik untuk Korea 'hingga ke penamat'
Suk Yeol membuat janji itu ketika berdepan penggantungan tugas selepas Parlimen mengundi untuk mendakwa beliau.
Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
PM Anwar tanam pokok ke-100 juta di Taman Herba
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyempurnakanpenanaman pokok ke-100 juta di Taman Herba, Parlimen.
Kenaikan premium insurans, kewujudan Titah Adendum antara tumpuan di Parlimen hari ini
Isu-isu ini dijangka dibangkitkan dalam sesi soal jawab lisan Perdana Menteri (PMQ).
Presiden Yoon Suk Yeol 'terselamat', usul pecat ditolak
Usul memecat Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol selepas cubaannya untuk menguatkuasakan undang-undang tentera, ditolak pada Sabtu kerana tidak cukup kuorum, lapor agensi berita Yonhap.
Perkara berkaitan situasi banjir antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Ganabatirau minta menteri nyatakan tahap kepuasan kerajaan terhadap pembangunan infrastruktur tebatan banjir dan pelaburan yang berkaitan.
Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Selasa mengisytiharkan undang-undang tentera, sambil menuduh parti pembangkang terlibat dalam "aktiviti anti-negara yang merancang pemberontakan."