awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bunuh anak saudara 3 tahun, penganggur dihukum gantung

Bernama
Bernama
13/04/2023
09:04 MYT
Bunuh anak saudara 3 tahun, penganggur dihukum gantung
Mohd Safuan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang penganggur selepas didapati bersalah membunuh anak saudara perempuannya, tiga tahun lepas.
Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Safuan Ramli, 30, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Mohd Safuan dituduh membunuh Nurhafiya Aufa Mohd Taquddin yang berusia tiga tahun ketika kejadian, di sebuah rumah di Felda Cherul Dua di Kemaman, pada 27 Jan 2020, kira-kira pukul 1 tengah, 27 Jan 2020.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Hassan dalam penghakimannya berkata walaupun pihak pembelaan mengatakan tertuduh membunuh tanpa niat kerana mendengar 'suara', namun mahkamah berpendapat lelaki itu waras ketika melakukan perbuatan tersebut.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amer Abu Bakar Abdullah dan Muhamad Yasser Mohd Nasri manakala tertuduh diwakili peguam Mazlan Md Zain.
Sebelum ini media melaporkan, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut ditikam oleh bapa saudaranya di bahagian dada menggunakan pisau pemotong sayur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh anak saudara
#Kemaman
#keputusan mahkamah
#hukuman gantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan