PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman mati ke atas seorang penganggur kerana membunuh bapanya dengan memenggal kepala serta mengerat badan mangsa kepada enam bahagian dengan menggunakan parang, lima tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said sebulat suara memutuskan demikian selepas menolak rayuan You Poh Khoon, 57, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya.
"Tidak ada apa-apa keterangan yang mematahkan keterangan saksi pendakwaan ke-15 (doktor psikiatri, Dr A. Ian Llyod), jadi keterangan itu wujud dan sepatutnya diterima.
"Oleh itu, mahkamah mendapati sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi (Ipoh) adalah selamat, rayuan perayu (You) ditolak.
"Perayu masih ada peluang untuk merayu di Mahkamah Persekutuan," kata Hakim Kamaludin yang bersidang bersama Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Azman Abdullah.
Mengikut pertuduhan, You didakwa membunuh bapanya You Su Kim ketika itu berumur 74 tahun, antara jam 3 petang pada 8 Okt 2018 hingga 10.30 pagi, 9 Okt 2018, di dalam rumah di Khatan Baru Chemor, Ipoh, Perak, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Pada 24 Mei tahun lepas, Mahkamah Tinggi Ipoh menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas You selepas didapati bersalah membunuh bapanya.
Sebelum ini, media melaporkan lelaki berkenaan membunuh bapanya dengan memenggal kepala dan mengerat badan mangsa kepada enam bahagian selepas berang ditegur ketika menghisap dadah di dalam rumah mereka.
Kepala warga emas itu ditanam di belakang rumah mereka, manakala bahagian badan pula dibuang ke lubang pembentungan sedalam 1.52 meter.
Terdahulu, peguam Amir Faliq Mohamad Jamil yang mewakili perayu berhujah bahawa pihak pendakwaan telah memanggil doktor psikiatri (Ian Llyod) yang mengesahkan bahawa anak guamnya adalah siuman semasa kejadian.
"Bagaimanapun, doktor psikiatri itu di dalam keterangannya sendiri tidak menolak kebarangkalian bahawa berlakunya kegilaan sementara, sekiranya terdapat kebergantungan kepada dadah.
"Laporan psikiatri menunjukkan perayu positif methamphetamine dan amphetamine.
"Seramai enam saksi pendakwaan juga telah membuktikan bahawa perayu hilang kewarasan sementara semasa kejadian kerana pengambilan dadah," kata peguam itu yang turut dibantu Siti Nor Syahidah Ismail dan Afina Abdul Hakim.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azmi Mashud berhujah bahawa semasa pemeriksaan perubatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, doktor psikiatri berkenaan mengesahkan bahawa semasa kejadian perayu tidak mengalami sebarang penyakit mental.
"Perayu pada masa kejadian adalah waras dan tahu akan sifat serta akibatnya kerana semasa kejadian perayu mampu memandu kereta sejauh lebih 100 kilometer dan memperincikan kejadian serta tindakan yang telah dilakukan ke atas si mati," katanya.
Menurut Muhammad Azmi, keterangan enam saksi pendakwaan bahawa perayu tidak waras kerana mengambil dadah adalah melalui pemerhatian mereka sahaja dan hanya disokong melalui keterangan perayu yang pernah dihantar ke di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh pada 2017 untuk rawatan psikiatri.
"Semua saksi bukan pakar yang boleh menentukan keadaan mental perayu semasa kejadian berlaku dan semasa prosiding pembelaan, tiada saksi yang mematahkan keterangan doktor psikiatri bahawa perayu tidak waras semasa kejadian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 06 2023
Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said sebulat suara memutuskan demikian selepas menolak rayuan You Poh Khoon, 57, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya. -Gambar hiasan
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Bekas pemandu lori bunuh bapa terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 35 tahun
Panel tiga hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan tertuduh terhadap hukuman mati yang dijatuhi ke atasnya.
Lelaki disyaki bunuh bapa dituduh esok
Lelaki yang disyaki membunuh bapanya sebelum mayatnya dibalut dengan langsir dan dibuang di tepi jalan akan dituduh di mahkamah pada Isnin.
Mayat dibalut langsir: Bunuh bapa kerana sering dimarah
Sorang lelaki membunuh bapanya, sebelum mayatnya dibalut dengan menggunakan langsir dan dibuang di tepi jalan di hadapan sebuah kondominium di Sungai Way.
Pukul bapa hingga maut, buang tepi jalan
Seorang anak lelaki tergamak membunuh bapanya, sebelum mayatnya dibalut dengan langsir sebelum dibuang di tepi jalan di hadapan sebuah kondominium di Sungai Way, di sini, pada Sabtu.
Lelaki OKU didakwa bunuh bapa
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membunuh bapanya, bulan lepas.
Lelaki OKU direman tujuh hari dipercayai bunuh bapa
Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula Isnin bagi membantu siasatan kes seorang warga emas berusia 64 tahun yang ditemui mati di sebuah flat.
Bunuh dan kerat bapa, penganggur kekal ke tali gantung
Panel tiga hakim sebulat suara memutuskan demikian selepas menolak rayuan You Poh Khoon, 57, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya.
Tidak tahan diserang, anak pukul bapa mabuk hingga maut
Mangsa dikenali sebagai Talasai Kuyoh, 62 tahun, ditemukan mati di kebun sawit berhampiran rumahnya.
Padah ketagihan PUBG, anak bunuh dan kerat mayat bapa
Marah kerana tidak dapat bermain permainan atas talian PUBG, seorang pemuda bertindak di luar jangkaan dengan membunuh bapanya.
Lelaki didakwa bunuh bapa sendiri
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.