Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap bekas pengawal keselamatan warga Indonesia kerana membunuh pegawai Ambank Norazita Abu Talib, dua tahun lepas.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Aziah Ali dalam keputusan sebulat suara, menolak rayuan La Ode Ardi Rasila terhadap sabitan dan hukuman mati.
Aziah berkata mahkamah mendapati terdapat keterangan yang mencukupi untuk menyokong keputusan Mahkamah Tinggi bahawa La Ode, 38, adalah bersalah melakukan kesalahan itu.
"Sabitannya adalah betul. Sabitan dan hukuman mati dikekalkan," katanya. Mahkamah turut mengekalkan sabitan dan hukuman mati bagi pertuduhan kedua iaitu melepaskan tembakan menggunakan pump gun ketika melakukan rompakan di bank itu dengan niat untuk menyebabkan kematian Norazita.
Dua lagi hakim yang bersidang Hakim Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Abdul Rahman Sebli.
Pada 8 Ogos 2014, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati terhadap La Ode selepas mendapati dia bersalah bagi dua pertuduhan yang dilakukannya di premis cawangan Ambank Subang Jaya, Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya, antara 6 petang dan 6.30 petang pada 23 Okt 2013.
Berdasarkan fakta kes, Norazita, 37, dan seorang lagi pegawai bank sedang memindahkan wang tunai daripada peti besi ke dalam tempat simpanan wang di dalam bilik kebal apabila La Ode, yang ketika itu menggantikan pengawal keselamatan lain yang bercuti sakit, melepaskan tembakan dan mengenai muka Norazita, menyebabkan beliau rebah.
La Ode kemudian menolak pegawai bank itu keluar dari kawasan simpanan wang dan memasukkan wang RM450,000 ke dalam sebuah beg sebelum melarikan diri.
Siasatan polis menunjukkan sebahagian wang itu ditemukan daripada seorang lagi pengawal keselamatan warga Indonesia yang mengesahkan La Ode memberinya wang tersebut.
La Ode kemudiannya ditahan di Johor dan polis menemukan pump gun itu di dalam longkang di Subang Jaya.
La Ode masih mempunyai satu lagi peluang untuk mengemukakan rayuan terhadap hukuman tersebut iaitu di Mahkamah Persekutuan.
Dia diwakili peguam S. Selvi manakala Timbalan Pendakwa Raya Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman mewakili pendakwaan.
Bernama
Wed Jul 29 2015
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati terhadap La Ode Ardi Rasila. - Foto BERNAMA
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
Seramai 38 orang terbunuh dalam hujan lebat di Kenya
Hujan lebat yang melanda Kenya menyebabkan seramai 38 orang terbunuh dan lebih 11,000 orang dipindahkan.
Peluru berpandu Rusia serang kawasan kediaman di Kharkiv
Konflik Rusia- Ukraine terus memuncak apabila peluru berpandu Russia menyerang kawasan kediaman di bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv pada Rabu.
Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM
Anak seorang menteri besar dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen.
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Najib tidak persoal Ambank tentang jumlah besar wang 'keluar masuk' dalam akaun peribadinya
Tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap bank itu atas dakwaan dana dikredit dan didebit secara salah ke akaunnya.
AmBank beri moratorium enam bulan kepada mangsa banjir
Moratorium itu merangkumi ansuran bulanan atau pembayaran balik bagi semua fasiliti pinjaman dan pembiayaan termasuk kemudahan kad kredit.
Moratorium berakhir: AmBank tawar bantuan pembayaran balik pada hujung minggu
Ambank menawarkan bantuan pembayaran balik pada hujung minggu melalui Ambank Assist.
AmBank akan agih RM20 bilion pinjaman PKS dalam tempoh 3 tahun
Kumpulan AmBank menyedari keperluan untuk bergerak lebih jauh lagi dalam membantu syarikat dengan pembiayaan.
Here are the three considerations we had when we did the Budget - Tony Pua
Damansara MP Tony Pua explained the three major considerations on what went into the development and execution of Budget 2019.
Kumpulan AmBank akan siasat CAGM
Kumpulan AmBank akan menyiasat kumpulan yang menggelarkan diri mereka Citizens for Accountable Governance (CAGM) di atas penipuan yang dilakukan organisasi itu.
Najib dinasihat berehat sementara siasatan dakwaan WSJ dijalankan
Najib Tun Razak dinasihatkan berehat daripada menguruskan sebarang tugas pentadbiran negara ketika siasatan ke atas dakwaan Wall Street Journal (WSJ) berhubung penyaluran AS$700 juta ke akaunnya.
Adakah pembunuhan pengasas AmBank ada kaitan dengan 1MDB? - Kit Siang
Penasihat DAP menggesa polis membuka semula kes pembunuhan pengasas AmBank Hussein Ahmad Najadi yang ditembak mati di Lorong Ceylon Julai 2013 lalu.
'Kenapa Najib tak nafi akaun AmBank itu bukan miliknya?' - Mahfuz
Datuk Mahfuz Omar mempersoal mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menafikan nombor akaun AmBank yang dilaporkan WSJ.
'BAFIA halang AmBank, BNM dedah pemilik akaun kontroversi' - Khalid Ibrahim
Pihak AmBank atau BNM disifatkan tidak boleh mendedahkan nombor akaun yang didedahkan Wall Street Journal yang didakwa atas nama Najib wujud atau sebaliknya.