SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap dua warga asing selepas didapati bersalah membunuh seorang pemandu Grab warga tempatan lima tahun lalu.
Hakim Nurulhuda Nur'aini Mohamad Nor menjatuhkan hukuman itu ke atas warga Myanmar Sua Lay, 38, dan warga India Gurpreet Singh, 28, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Nurulhuda dalam penghakiman memaklumkan tiada pembelaan yang timbul dan berbangkit berhubung kejadian pembunuhan pemandu perkhidmatan p-hailing itu.
Katanya, hujahan kedua-dua tertuduh yang dimaklumkan kepada mahkamah bahawa mereka tidak memahami bahasa Melayu juga tidak boleh diterima kerana tertuduh mampu memberikan arahan kepada mangsa untuk berhenti awal dari tempat asal yang dituju oleh mereka.
Selain itu, Nurulhuda berkata kedua-dua tertuduh mampu untuk memandu arah kepada penemuan kunci kereta jenis Perodua Myvi milik mangsa (ketika proses siasatan polis).
"Mangsa dijerut dan ada kecederaan pada leher. Selain itu ada penemuan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) kedua-dua tertuduh pada tali pinggang keledar bahagian pemandu.
"Walaupun ia tidak dikatakan (pembunuhan) zalim, tetapi fakta mayat (mangsa) ditinggal begitu sahaja dalam kereta.
"Ini menunjukkan tertuduh tiada mempunyai perasaan belas kasihan terhadap si mati.
"Atas alasan itu, saya bersetuju hujahan pihak pendakwaan dan (menjatuhi) hukuman gantung sampai mati kepada tertuduh," katanya.
Sua Lay dan Gurpreet sebelum ini didakwa di Mahkamah Majistret Selayang pada 16 Julai 2018 atas pertuduhan membunuh seorang pemandu Grab, pada 21 Jun tahun yang sama.
Tertuduh, masing-masing bekerja sebagai pembantu kedai sayur dan kelindan lori didakwa dengan niat bersama-sama membunuh pemandu Grab, Aiman Nosri, 27, di tempat letak kereta, di lorong belakang Blok C di Taman Selayang Makmur, Selayang Baru, Batu Caves, pada 10.08 malam, 21 Jun 2018.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, kedua-dua tertuduh diwakili peguam Siti Anis Che Ab Wahab dan Muhamad Amirul Jamaluddin memohon agar anak guam mereka dikenakan hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan berdasarkan peruntukan baharu dalam Seksyen 302 Kanun Keseksaan sama ada dijatuhi hukuman gantung sampai mati atau penjara berserta sebatan.
Muhamad Amirul berkata walaupun ada kehilangan nyawa, namun melihat pada keterangan mahkamah tidak ada bukti langsung kedua-dua tertuduh membunuh mangsa serta mahkamah jarang meletakkan sesuatu hukuman ke tahap yang maksimum kecuali ia melibatkan penjenayah tegar.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Heikal Ismail dalam hujahannya berkata hukuman mestilah melambangkan kepentingan awam dan bertujuan mencegah selain menjadi isyarat berkesan kepada orang awam berkenaan seriusnya kesalahan membunuh.
"Kesalahan membunuh adalah satu kes yang amat serius. Dalam kes ini, tertuduh telah melakukan satu kesalahan jenayah keji.
"Justeru, hukuman gantung dianggap setimpal kepada mereka selepas didapati bersalah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 28 2023

Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Sua Lay dan Gurpreet Singh selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. -Gambar hiasan
#AWANIRingkas 29 April 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 29 April 2025
1️⃣ Gema suara Malaysia di ICJ
2️⃣ Kadar tarif Trump tidak akan berpanjangan
3️⃣ Pemilihan PKR 2025
#awaniringkas
1️⃣ Gema suara Malaysia di ICJ
2️⃣ Kadar tarif Trump tidak akan berpanjangan
3️⃣ Pemilihan PKR 2025
#awaniringkas
Energy Asia 2025
Delivering Asia’s Energy Transition

Lelaki rugi lebih RM100,000 ditipu pelaburan patuh syariah
Mangsa lelaki berusia 57 tahun telah diperkenalkan oleh rakannya mengenai syarikat pelaburan berkenaan pada 29 Jan 2023.
Prestasi S&P 500: Setakat 29 April 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
Laporan pendapatan dan ketegangan perdagangan US-China
Saham AS melonjak pada hari Selasa berikutan laporan pendapatan suku tahunan dan petunjuk pengurangan ketegangan perdagangan US-China. Semua tiga indeks utama AS meningkat lebih daripada 2%, dengan pelabur mengabaikan retorik Trump terhadap Pengerusi Fed Jerome Powell. Ikuti analisis terperinci mengenai impak tarif dan unjuran ekonomi oleh pakar.
Adakah RM10 sebulan mampu selamatkan krisis kesihatan negara?
Malaysia hanya memperuntukkan 4.7% daripada KDNK kepada penjagaan kesihatan, jauh di bawah purata OECD. Cadangan dana RM10 sebulan daripada setiap pekerja Malaysia untuk mengatasi kekurangan pakar bedah, jururawat, dan peralatan di hospital awam.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, teruskan aliran meningkat
Ringgit meneruskan aliran naik semasa awal dagangan didorong minat belian ke atas mata wang tempatan.
Bagaimana untuk solar Malaysia terus bersinar di tengah ketidaktentuan global?
Malaysia kekal kukuh dalam sektor solar meskipun berdepan duti import tinggi Amerika Syarikat (AS), berikutan tumpuan tempatan pada tenaga bersih dan National Energy Transition Roadmap (NETR). Ikuti kupasan di Niaga AWANI tentang peluang pertumbuhan dan pelaburan baharu dalam landskap solar negara.
Data terkini prestasi perdagangan Malaysia
Prestasi perdagangan Malaysia pada Mac 2025 mencatatkan peningkatan 1.2%, namun menghadapi cabaran besar seperti ketegangan perdagangan global dan permintaan sektor tertentu yang tidak menentu. Artikel ini membincangkan soalan-soalan kritikal yang perlu ditanyakan kepada pakar ekonomi untuk memahami prospek masa depan Malaysia dalam landskap perdagangan global yang berubah pantas.

Sekolah 'sorok' kes guru cabul 20 murid selama lebih 3 tahun
Kes tersebut terbongkar selepas seorang murid tahun dua memberitahu ibu bapanya bahawa dia menjadi mangsa cabul oleh guru berkenaan.

Bunuh pemandu Grab, dua warga asing dihukum gantung
Nurulhuda dalam penghakiman memaklumkan tiada pembelaan yang timbul dan berbangkit berhubung kejadian pembunuhan pemandu perkhidmatan p-hailing itu.

Dua lelaki warga asing didakwa bunuh pemandu Grab
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh Sua Lay, 33, dan Gurpreet Singh, 23.