Skip to main content

Dunia

Dua bekas Menteri Pertahanan China didakwa rasuah dijatuhkan hukuman mati dengan penangguhan

 Former Chinese defence ministers Wei Fenghe and Li Shangfu
Wei Fenghe (kiri) dan Li Shangfu (kanan) merupakan bekas Ahli Suruhanjaya Ketenteraan Pusat serta bekas Ahli Majlis Negeri. REUTERS

BEIJING: Dua bekas Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe dan Li Shangfu, masing-masing dijatuhkan hukuman mati dengan penangguhan selama dua tahun atas pertuduhan rasuah pada Khamis, lapor Xinhua.

Hukuman ke atas mereka dijatuhkan secara berasingan oleh Mahkamah Tentera China.

Kedua-dua Wei dan Li juga merupakan bekas Ahli Suruhanjaya Ketenteraan Pusat serta bekas Ahli Majlis Negeri.

Menurut penghakiman mahkamah, Wei didapati bersalah menerima rasuah, manakala Li disabitkan atas kesalahan menerima dan menawarkan rasuah.

Mereka turut dilucutkan hak politik seumur hidup dan semua harta peribadi mereka akan dirampas.

Keputusan mahkamah menyatakan bahawa tiada pengurangan hukuman atau parol lanjut akan dibenarkan selepas hukuman mereka diringankan kepada penjara seumur hidup mengikut undang-undang, sebaik sahaja tempoh penangguhan dua tahun itu berakhir.

-- BERNAMA-XINHUA 

 

 

 

Must Watch Video