awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bunuh pengusaha kedai aksesori telefon, pekerja direman seminggu

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
05/01/2024
04:20 MYT
Bunuh pengusaha kedai aksesori telefon, pekerja direman seminggu
Seorang wanita maut, disyaki ditikam pekerjanya, dalam pergaduhan bersenjata di hadapan sebuah kedai serbaneka di Taman Rasi Jaya. - Foto fail/Sinar Harian
IPOH: Seorang pekerja kedai aksesori telefon direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes seorang pengusaha maut ditikam dalam pergaduhan di Taman Rasi Jaya, Menglembu, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, reman akan bermula hari ini sehingga 11 Januari.
Menurutnya, perintah reman terhadap lelaki beruumur 54 tahun itu diperolehi daripada Mahkamah Majistret di sink bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Hasil bedah yang dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun mendapati punca kematian disebabkan pendarahan berlebihan akibat luka tikaman di bahagian dada,” katanya dalam kenyataan di sini.
Pada Khamis, seorang wanita maut, disyaki ditikam pekerjanya, dalam pergaduhan bersenjata di hadapan sebuah kedai serbaneka di Taman Rasi Jaya, Menglembu, di sini.
Mangsa, yang dikenali sebagai Lee Siew Lean, 49 dan pengusaha kedai aksesori telefon, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dalam kenyataannya berkata, pihak polis menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 10.55 pagi.
Menurutnya, teman lelaki mangsa yang berusia 42 tahun pula mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan.
Katanya, suspek, seorang lelaki berusia 54 tahun turut mengalami kecederaan dan berjaya ditangkap pihak polis.
Topic Berkaitan
#pekerja kedai aksesori telefon
#reman
#bunuh
#pengusaha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan