awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bunuh rakan kerana hutang RM300, lelaki dihukum gantung sampai mati

Petrus Bernard
Petrus Bernard
28/04/2021
07:12 MYT
Bunuh rakan kerana hutang RM300, lelaki dihukum gantung sampai mati
Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan elemen pembunuhan yang melangkaui keraguan munasabah. - Gambar hiasan
TAWAU: Seorang buruh dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Tawau pada Rabu, selepas didapati bersalah membunuh rakannya hanya kerana hutang berjumlah RM300 pada empat tahun lalu, di Lahad Datu.
Hakim Dr. Lim Hock Leng menjatuhkan hukuman itu terhadap warga Filipina, Robin Radjani Saih, 49, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Terdahulu, Lim dalam penghakimannya berkata, mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan elemen pembunuhan yang melangkaui keraguan munasabah.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Robin didakwa membunuh Fazrin Ibrahim yang ketika itu berusia 30 tahun di simpang masuk Taman Warisan, Lahad Datu pada 24 April 2018 antara jam 1.20 petang hingga jam 1.40 petang.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan memanggil seramai sembilan orang saksi termasuk saksi utama seroang kanak kanak 11 tahun iaitu adik ipar kepada mangsa yang turut mengalami kecederaan kekal hilang tiga jari di sebelah tangan kiri akibat terkena libasan parang ketika hari kejadian.
Terdahulu ketika kejadian, mangsa sedang memandu dan adik ipar mangsa tertidur di kiri tempat duduk hadapan, manakala suspek berada di tempat duduk belakang sebelum bertindak secara tiba tiba mengelar leher mangsa beberapa kali dari belakang menggunakan parang jenis barong sehingga menyebabkan leher mangsa hampir putus dan maut di lokasi kejadian.
Topic Berkaitan
#hukum gantung
#hutang
#mahkamah
#Hukuman
#Pembunuhan
#jenayah
#parang
#tetak leher
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan