awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bunyi kuat, gegaran di Sabah bukan disebabkan operasi Petronas

Bernama
Bernama
31/01/2021
14:38 MYT
Bunyi kuat, gegaran di Sabah bukan disebabkan operasi Petronas
Bunyi dentuman serta gegaran itu didengari dan dirasai oleh penduduk di Sipitang serta beberapa tempat lain termasuk Beaufort dan Labuan serta Brunei. - Gambar/ Media sosial
KOTA KINABALU:Syarikat petroleum negara Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menafikan bunyi dentuman kuat serta gegaran yang berlaku di Sabah hari ini berpunca daripada operasi syarikat itu.
Menurut kenyataan Petronas malam ini, semua pekerja dan asetnya di Sabah selamat, sementara operasi harian berjalan seperti biasa.
"Sebagai menjawab laporan berita pada 31 Jan (hari ini) yang menyatakan bunyi dentuman kuat serta gegaran yang berlaku di Sabah mungkin ada kaitan dengan operasi Petronas, kami ingin mengesahkan kejadian itu bukan berpunca daripada mana-mana operasi kami di Sabah.
BACA: Bunyi letupan bagai guruh, gegaran gemparkan penduduk Sabah
BACA: Jangan buat spekulasi insiden 'dentuman' - Polis Sabah
"Petronas juga memberi jaminan kepada masyarakat dan pemegang taruhnya bahawa aspek keselamatan amat diutamakan dalam semua operasinya bagi memastikan keselamatan orang awam dan alam sekitar terjamin, selaras dengan peruntukan undang-undang dan piawaian yang ditetapkan," demikian menurut kenyataan itu.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilaporkan berkata tidak ada sebarang aktiviti pelupusan dan letupan bom dilakukan di kawasan itu selain turut meminta agar pengesahan dibuat dengan Petronas sekiranya bunyi letupan tersebut berpunca daripada kegiatan industri petroleum.
Bunyi dentuman serta gegaran itu didengari dan dirasai oleh penduduk di Sipitang serta beberapa tempat lain termasuk Beaufort dan Labuan serta Brunei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Petronas
#dentuman
#bunyi kuat
#Sabah
#nafi
#letupan
#pelupusan bom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan