KOTA BHARU: Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan pecah masuk rumah dan mencabul jirannya, pada 29 Jun.
Mohd Fadhli Mukhtar, 52, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan pecah rumah yang didiami jirannya berusia 27 tahun, untuk menyerang mangsa secara seksual di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Pengkalan Kubor Salor, di sini, pada 7 pagi 29 Jun.
Mohd Fadhli didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 455 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan didenda jika sabit kesalahan.
Lelaki itu juga didakwa menggunakan kekerasan jenayah kepada mangsa yang sama dengan niat untuk mencabul kehormatannya pada hari, masa dan tempat sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Ahmad Faiz Fitri memohon mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan, memandangkan kes itu serius namun Mohd Fadhil merayu supaya mahkamah membenarkan jaminan terhadapnya.
Hakim Zulkifli Abllah kemudiannya membenarkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh tidak dibenarkan mengganggu saksi pendakwaan serta perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan dan menetapkan 4 Ogos sebagai tarikh serahan dokumen.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 03 2024
Mohd Fadhli Mukhtar, 52, (kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu atas dua pertuduhan pecah masuk rumah dan mencabul jiran pada 29 Jun lalu. - Foto Bernama
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Buruh didakwa pecah masuk rumah, cabul jiran
Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan pecah masuk rumah dan mencabul jirannya.
Buruh didakwa edar 16kg kanabis
Seorang buruh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar 16 kilogram (kg) kanabis di Padang Besar.
Buruh didakwa rogol anak tiri bawah umur
Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu di Kelantan pada Selasa atas tuduhan merogol anak tiri, Jun lalu.
Buruh tidak mengaku rogol, liwat tiga anak
Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu atas tujuh pertuduhan merogol dan meliwat tiga anaknya.
Buruh didakwa tertembak anak sepupu
Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Kota Bharu atas dakwaan cuai hingga tertembak anak sepupunya hingga maut pada 12 Mei lalu.
Buruh didakwa rogol 'teman wanita' berusia 12 tahun
Selain merogol, tertuduh juga didakwa melakukan amang seksual ke atas mangsa sebanyak dua kali.