awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buruh didakwa sumbang mahram anak

Sinar Harian
Sinar Harian
04/07/2025
09:25 MYT
Buruh didakwa sumbang mahram anak
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu semasa mangsa berusia 14 tahun tiga bulan sedangkan perhubungan mereka tidak dibenarkan di bawah undang-undang dan hukum agama untuk berkahwin. -Gambar hiasan
AMPANG: Seorang buruh di kilang kelapa sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan melakukan persetubuhan dengan anak kandung perempuannya bulan lepas.
Lelaki 40 tahun itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Norshila Kamarudin.
“Saya mengaku tidak bersalah kerana ketika kejadian saya sedang bekerja di ladang,” katanya yang hadir tanpa diwakili peguam.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut semasa mangsa berusia 14 tahun tiga bulan sedangkan perhubungan mereka tidak dibenarkan di bawah undang-undang dan hukum agama untuk berkahwin.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu dalam bilik sebuah rumah di Hulu Bernam di sini pada jam 2 petang 26 Jun lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hairuliqram Hairuddin tidak mencadangkan ikat jamin kepada tertuduh kerana mangsa masih tinggal serumah.
Mahkamah kemudian menetapkan 7 Ogos depan untuk sebutan kes bagi lantikan peguam dan serahan dokumen. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mahkamah Sesyen
#kilang kelapa sawit
#anak kandung perempuan
#sumbang mahram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan