Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Rabu menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang buruh kontrak atas kesalahan mengedar dadah jenis methamphetamine dan heroin.
Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan tersebut selepas pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap Abd Wahab Said di akhir pembelaan.
Tertuduh yang berusia 45 tahun itu melakukan kesalahan itu tiga tahun yang lalu dan dihadapkan ke mahkamah atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 39B (1) (A).
Bagaimanapun, dia dihukum mengikut Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 123.89 gram.
Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 7.30 pagi di sebuah rumah di Bukit Payong, Marang pada 10 Disember 2017.
Tertuduh juga didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 51.84 gram dan herion seberat 43.60 gram di dalam sebuah kereta Perodua MYVI yang diparkir di alamat, masa dan tarikh yang sama.
Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah dan Ahmad Fadhil Mahmud.
Sebelum ini tertuduh pernah dipenjarakan sebanyak lima kali atas kesalahan mengedar dadah.
Nur Fazlizai Ali
Wed Aug 26 2020

Tertuduh yang berusia 45 tahun itu melakukan kesalahan itu tiga tahun yang lalu dan dihadapkan ke mahkamah atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 39B (1) (A) tetapi ia dihukum mengikut Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Gambar hiasan

Cetak Rompak | Rakaman di sebalik tabir mampu buka mata masyarakat
Impak aktiviti cetak rompak bukan hanya menjejaskan syarikat penyiar kandungan kreatif malah ia memberi kesan kepada semua pihak terutama bagi mereka yang terlibat secara langsung dalam pembikinan sesuatu kandungan. Namun saban hari, perkara ini bagai tiada penghujungnya, apabila masih ada yang memilih untuk menonton kandungan secara haram.

Warisan | Surat letak jawatan adun sebatik digunapakai
Parti Warisan Sabah (WARISAN) akan menghantar surat peletakan jawatan Hassan A. Gani Pangiran Amir kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, sebagai mengotakan ikrarnya untuk melepaskan jawatan sebagai ADUN Sebatik jika melompat parti.

Perikatan Nasional | Dakwaan Muhyiddin sebagai puppet Tun M tidak benar
Dakwaan mengenai Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai puppet atau boneka kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menggerakkan agenda tersendiri adalah tidak benar sama sekali.

Perikatan Nasional | Kerajaan PN terus berfungsi walaupun mencabar
Kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat mampu menguasai keseimbangan dari sudut politik, ekonomi dan sosial meskipun berdepan pelbagai cabaran sepanjang tempoh setahun pentadbiran Perikatan Nasional. Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Rusdi Omar berkata, meskipun berhadapan dalam keadaan sukar, perdana menteri tetap berupaya membawa kepada penyatuan parti politik.

Lelaki rentung kebakaran di perumahan setinggan
Seorang lelaki berusia 48 tahun maut dalam insiden melibatkan perkampungan setinggan di Taman Pandan Jaya pada Isnin malam.

10 Berita Pilihan - (01 Mac 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

10 berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
10 berita tempatan yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 1 Mac 2021.

Consider This: Perikatan Nasional (Part 1) - How To Measure Success?
March 1st marks one year of Tan Sri Muhyiddin as the 8th Prime Minister of Malaysia, after the parliamentary coup that ousted the Pakatan Harapan government - infamously known as the ‘Sheraton Move’. In the past year, Malaysia has had to grapple with the triple-threat of health, political, and economic crises. How has the Perikatan Nasional government fared in its first year? Melisa Idris and Sharaad Kuttan speak to political scientist Wong Chin Huat.

PSR: Kerajaan Pulau Pinang lulus sagu hati RM500 untuk nelayan
Bayaran akan mula dibuat pada minggu ini bagi mereka yang telah mendaftarkan maklumat dengan Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan (PPSN).

Muhyiddin sebagai 'puppet' Tun M? Teori ini tidak benar - Marzuki
Pendirian Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kes-kes mahkamah yang melibatkan pihak-pihak tertentu, pendirian beliau adalah jelas.

Buruh mengaku cederakan dan cabul wanita Vietnam di pasar malam
Mahkamah menetapkan 8 Mac sebagai tarikh jatuh hukum di Mahkamah Majistret di Bentong.

Perketat SOP: Dilema ekonomi berintensifkan buruh
Semakin tinggi nilai intensiti buruh tersebut maka semakin tinggilah kebergantungan firma atau industri kepada sumber manusia.

Hari Wilayah: Taburan industri tidak sekata cipta jurang pendapatan
Perindustrian banyak tertumpu di Kuala Lumpur berbanding Labuan sehingga membawa kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Labuan 60 peratus lebih rendah berbanding Kuala Lumpur.

COVID-19: Kes positif dijangka cecah 100 juta minggu ini - WHO
Dr Tedros menyaran agar proses memvaksinasi pekerja kesihatan dan warga emas dilakukan di semua negara dalam tempoh 100 hari pertama tahun ini.

Ubah mekanisme, perkemas kaedah pengeluaran produk sawit - Pedagang
Langkah itu bagi mengelakkan pengeluaran produk sawit terjejas jika berlaku kekurangan guna tenaga buruh susulan pandemik COVID-19.

Industri kelapa sawit paling terdedah kekurangan buruh - KRI
Fatimah berkata, pengeluaran hanya mencapai seperlima daripada paras biasa atau 'Business As Usual (BAU) level'.

PKP 2.0 dan Proklamasi Darurat pendekatan dualistik pulih kesihatan, ekonomi
Jangkaan kesan ekonomi akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) 2.0 yang lebih bersasar mendapat pelbagai reaksi.

Suspek sunting video hina lagu Indonesia Raya disyaki warga seberang - KPN
Maklumat diperoleh hasil soal siasat terhadap seorang buruh warga Indonesia di Sabah yang juga salah seorang suspek kes itu.

Saham Sime Darby Plantation susut 2.13 peratus berikutan sekatan oleh AS
Sehingga 9.56 pagi, Sime Darby Plantation susut 11 sen kepada RM5.06, dengan 70,400 saham diniagakan.

CBP Amerika Syarikat kenakan larangan produk sawit Sime Darby
CBP AS mengenakan sekatan terhadap minyak sawit dan produk lain yang dikeluarkan Sime Darby Plantation Bhd.