awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permintaan domestik, lonjakan e-dagang pacu sektor logistik Malaysia - Kenanga Research
Pearly-Thinaah intai gelaran Super 1000 di Terbuka Malaysia
Peniaga didenda RM80,000 buat sambungan haram elektrik bagi lombong bitcoin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buruh ladang dipenjara 16 tahun sebabkan kematian suami kekasih

Bernama
Bernama
27/10/2021
15:22 MYT
Buruh ladang dipenjara 16 tahun sebabkan kematian suami kekasih
Iwan sebelum ini didakwa atas pertuduhan membunuh Amir Mappiase, 35, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan. - Gambar/ Astro AWANI
TAWAU: Seorang buruh ladang warga Indonesia yang sebelum ini menghadapi pertuduhan membunuh suami kekasihnya, hari ini dijatuhi hukuman penjara 16 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan menyebabkan kematian rakan senegaranya itu.
Hakim Dr Lim Hock Leng menjatuhkan hukuman itu terhadap Iwan Razali, 24, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh juga dikenakan denda.
Iwan sebelum ini didakwa atas pertuduhan membunuh Amir Mappiase, 35, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Lim dalam keputusannya berkata walaupun tertuduh mengaku bersalah tetapi mahkamah mengambil kira kecederaan yang banyak dialami si mati.
Jenayah | Buruh dipenjara 16 tahun sebabkan kematian suami kekasih
""Terdapat 41 kesan tikaman pada seluruh anggota badan mangsa termasuk tangan kirinya putus menyebabkannya meninggal dunia," katanya dan menambah hukuman berat perlu dikenakan ke atas tertuduh sebagai pengajaran kepadanya dan masyarakat.
Berdasarkan pertuduhan pilihan, Iwan didakwa dengan niat mendatangkan kecederaan kepada Amir Mappiase yang menyebabkan kematiannya di sebuah rumah di Kampung Murai, Ladang Kretam, dalam Daerah Kalabakan, antara 11.30 pagi hingga 12 tengah hari pada 4 Mei 2018.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Ali Imran manakala tertuduh diwakili peguam Ram Singh Harban Singh dan Kamaruddin Chinki.
Berdasarkan fakta kes, pada 4 Mei 2018, mangsa mendapati isterinya menjalin hubungan sulit dengan tertuduh di kediaman mereka di sebuah ladang di Kalabakan.
Tertuduh mendakwa mangsa menyerangnya dengan parang terlebih dahulu dipercayai akibat berang sehingga berlaku pergaduhan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#buruh
#bunuh suami kekasih
#mahkamah tawau
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan