awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buruh mengaku cabul kanak-kanak

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
31/12/2021
07:07 MYT
Buruh mengaku cabul kanak-kanak
Tertuduh Aminor Haizad Mazlan didakwa menyentuh kemaluan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun 10 bulan di belakang sebuah rumah Sabtu lepas. - Gambar Astro AWANI
IPOH: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam tahun beserta dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada jumaat selepas mengaku bersalah mencabul kanak-kanak perempuan minggu lalu.
Hakim Norita Mohd Ardani menjatuhi hukuman berkenaan ke atas Aminor Haizad Mazlan, 38, mulai dari tarikh sabitan selain pengawasan polis selama dua tahun.
Mengikut kertas pertuduhan, buruh kampung itu didakwa menyentuh kemaluan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun 10 bulan di belakang sebuah rumah di Kampung Chulek, Kampar pada kira-kira pukul 9 malam, Sabtu lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Amanina Zulkefli manakala Aminor Haizad tidak diwakili peguam.
Terdahulu, tertuduh merayu supaya mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan dan singkat kerana dia perlu menanggung bapanya yang sakit selain hanya bekerja kampung.
Nur Amanina berkata, hukuman itu setimpal bagi memberi pengajaran supaya Aminor Haizad yang juga bapa sepupu kepada mangsa tidak mengulangi kesalahan berkenaan dan memberi pengajaran kepada khalayak ramai.
Topic Berkaitan
#buruh
#cabul kanak-kanak
#Mahkamah Sesyen Ipoh
#Aminor Haizad Mazlan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan