SEONGNAM: Pengguna jalan raya di sebuah bandar di Korea Selatan gempar dengan kemunculan seekor burung unta yang kelihatan seperti 'hilang arah' pada Selasa lalu.
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam di Seongnam.
Menurut laporan Korea Herald, Tadori 'lolos' dari kurungannya melalui celah sempit antara pagar di taman tersebut.
"Mujur tiada orang awam yang cedera. Hanya Tadori yang mengalami kesan lebam ringan pada kakinya," jelas laporan itu lagi.
Penjaganya memaklumkan haiwan itu menunjukkan tanda tertekan dan agresif sejak kematian pasangannya, Tasuni pada bulan lalu.
Difahamkan, kedua-dua haiwan itu diletakkan di dalam kurungan yang sama sejak masih kecil.
Ia bukanlah kali pertama burung unta 'melarikan diri' daripada kurungan.
Pada Januari 2021, spesies sama pernah 'lolos' dari sebuah zoo peribadi di Karachi, Pakistan dan turut berkeliaran di jalan raya.
Kisah haiwan tertekan kerana 'kesunyian' juga pernah berlaku ke atas kuda belang digelar Sero di Seoul Children's Grand Park, kira-kira setahun lalu.
Mamalia jantan itu menunjukkan tanda tertekan dan enggan makan serta bertindak agresif terhadap haiwan lain selepas ketiadaan ibu dan bapanya. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Fri Mar 29 2024
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam di Seongnam. - Foto agensi
Kes Zulfarhan: Keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM 23 Julai ini
Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menetapkan keputusan kes berhubung kematian Allahyarham Zulfarhan membabitkan 18 bekas penuntut itu, pada 23 Julai depan.
Faisal Halim dibenarkan jumpa anak dari jarak jauh
Situasi terkini Faisal Halim berada dalam keadaan baik selepas menunjukkan perkembangan positif dari masa ke semasa.
Baj langgar jambatan di AS akibatkan tumpahan minyak
Sebuah baj melanggar jambatan di Galveston, bandar di Pantai Teluk di negeri Texas Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyebabkan tumpahan minyak ke teluk dan sebahagian jambatan itu runtuh.
Kes mahkamah Najib tidak akan selesai dalam masa terdekat - Nooryana
Kes mahkamah yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan selesai dalam masa terdekat.
MFLS terajui usaha membina negara bangsa dengan belia berkepimpinan
Dalam hasrat membina negara bangsa yang diterajui golongan berkempipinan tinggi, Akademi Kenegeraan Malaysia (AKM) meneruskan lagi program Malaysia Future Leaders School (MFLS) untuk tahun keenam.
Serangan buaya: Perhilitan Melaka pasang perangkap
Perhilitan Melaka akan menjalankan rondaan berkala dan memasang perangkap susulan kejadian seekor kambing milik penduduk dibaham buaya.
MAVCOM batal lesen perkhidmatan udara My Jet
MAVCOM membatalkan lesen perkhidmatan udara (ASL) My Jet Xpress Airlines Sdn Bhd (My Jet) berkuat kuasa 2 Mei 2024.
600,000 pelarian rayu perlindungan, Israel dakwa tiada krisis kemanusiaan
Tentera Zionis bukan sahaja bertindak kejam dengan mengebom bandar di selatan Gaza, Rafah, tetapi juga di bahagian utara dan tengah, yang sebelum ini diisytiharkan kawasan selamat bagi pelarian Palestin.
Tiada perancangan wajibkan pasang 'dashcam' - Loke
Tiada perancangan untuk mewajibkan pemasangan 'dashcam' atau kamera papan pemuka bagi semua kenderaan di negara ini.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Guru
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menzahirkan ucapan selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik atas ilmu dan jasa yang dicurahkan.
'Burung unta Federal Highway' jadi tarikan pemasaran sekelip mata
Antara yang terbabit menggunakan populariti burung unta ini ialah syarikat Huawei, Digi dan Pusat Pungutan Zakat.
Burung unta 'sesat' di Lebuhraya Persekutuan
Seekor burung unta kelihatan di Lebuhraya Persekutuan, berhampiran stesen LRT Universiti pada jam 3 petang tadi.