awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Butiran palsu: Seorang lagi pemilik syarikat ditahan reman

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
16/01/2022
09:06 MYT
Butiran palsu: Seorang lagi pemilik syarikat ditahan reman
Suspek ditahan kira-kira pukul 3.30 petang semalam di Pejabat SPRM Kuala Lumpur ketika hadir memberi keterangan. - Foto SPRM (MOSAC)
ALOR SETAR: Seorang lagi pemilik syarikat direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 19 Januari bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan penyata akaun bank syarikat yang mengandungi butiran palsu.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Nur Nabilah A Zainudin selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pagi tadi.
Menurut sumber, suspek lelaki berusia 46 tahun tersebut ditahan kira-kira pukul 3.30 petang semalam di Pejabat SPRM Kuala Lumpur ketika hadir memberi keterangan.
BACA: SPRM: 25 syarikat disiasat kemuka penyata palsu untuk kontrak lebih RM60 juta
Difahamkan, suspek dipercayai telah mengemukakan penyata akaun bank syarikat yang mengandungi butiran palsu kepada sebuah syarikat pembersihan di wilayah utara untuk memasuki tender pada 2018 dan 2019.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Pada 11 Januari lalu, seramai 21 individu ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes yang sama.
Topic Berkaitan
#penyata palsu
#ditahan reman
#Alor Setar
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan