Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM) kelihatan berdepan cabaran sukar untuk menjadi relevan kepada rakyat terutama pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU), berikutan pergolakan dan krisis yang dialami parti itu sepanjang tahun ini.
Apa tidaknya, dalam tempoh setahun lebih penubuhannya PPBM sudah pun dilanda konflik hilang kepercayaan oleh anggota terhadap kepimpinan tertinggi dan hala tuju parti, sekali gus menyaksikan ramai antara mereka bertindak keluar parti.
Antara yang meninggalkan parti itu termasuklah mereka yang menjadi pengasas penubuhan PPBM iaitu bekas Naib Presidennya Datuk Hamidah Osman, bekas Setiausaha Kerja Kamarul Azman Habibur Rahman dan bekas Ketua Srikandi Anina Saadudin.
Kamarul Azman bertindak keluar PPBM pada April lalu selepas mendakwa ia tiada hala tuju yang jelas dalam membela rakyat, sementara Hamidah dan Anina meninggalkan parti itu pada September kerana dikatakan kecewa dengan kepimpinan parti.
Beberapa lagi individu yang memegang jawatan penting pada peringkat pusat atau negeri turut mengumumkan keluar parti itu termasuk bekas Penolong Setiausaha Srikandi Hasnita Hishamudin pada September lalu dan lima pemimpin Srikandi termasuk seorang Exco Srikandi Malaysia daripada tiga bahagian di Kedah pada awal bulan ini.
Selain itu, tindakan keluar parti beramai-ramai oleh anggota PPBM turut dilaporkan sepanjang tahun ini atas pelbagai alasan yang menjurus kepada isu hilang keyakinan terhadap kepimpinan tertinggi, antaranya membabitkan kira-kira 500 anggota Bahagian Rembau, Negeri Sembilan, lebih 1,000 anggota di Perak dan 200 anggota di Melaka.
Selain isu anggota keluar parti, PPBM juga seperti berada di awang-awangan apabila berdepan kemungkinan dibatalkan pendaftaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia jika gagal mengadakan perhimpunan agung tahunan dalam tempoh ditetapkan, sekali gus berdepan risiko tidak layak bertanding dalam PRU14.
Mungkin itulah realiti yang terpaksa dihadapi Dr Mahathir yang sebenarnya boleh dijangka kerana penubuhan PPBM dibuat tanpa asas yang kukuh dan berlandaskan dendam serta niat semata-mata hendak menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selain kemelut yang dilanda partinya, Dr Mahathir juga seperti mempamerkan diri sebagai seorang yang tidak relevan apabila dilihat tidak konsisten dan gemar mengubah pendiriannya mengenai sesuatu perkara sehinggakan digelar 'juara u-turn' dan 'u-turn Mahathir' oleh Datuk Seri Najib.
"Saya yang memulakan pelabelan DAP sebagai parti cauvinis Cina. Tetapi apabila saya mendekati mereka, saya mendapati mereka bukan parti hanya untuk Cina seperti MCA," Dr kata Mahathir seperti dilaporkan oleh sebuah portal berita.
Bekas perdana menteri dan presiden UMNO dari 1981 hingga 2003 itu ketika eranya lantang mengkritik DAP sebagai sebuah parti yang cauvanis dan pernah melabelkan penasihat parti itu, Lim Kit Siang, sebagai seorang yang rasis dan pelampau perkauman.
Dr Mahathir juga pernah mengkritik Bantuan Rakyat 1Malaysia yang diperkenalkan kerajaan BN, namun kemudiannya membayangkan hasrat untuk meneruskan bantuan itu sekiranya pembangkang menang pada PRU akan datang.
Pengerusi PPBM itu turut mencetuskan kontroversi lain apabila dikatakan mengeluarkan kata-kata yang menghina masyarakat Bugis ketika berucap pada satu perhimpunan Oktober lepas sehingga mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk Sultan Selangor Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menzahirkan rasa murka dan amat kecewa baginda.
Pada 13 Julai lalu, Pakatan Harapan yang menggabungkan empat parti pembangkang DAP, PPBM, PKR dan Amanah mengumumkan struktur kepimpinan baharunya dengan Dr Mahathir dilantik sebagai pengerusi, manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum.
Keputusan mesyuarat Majlis Presiden pakatan pembangkang itu kelihatannya seperti ada keseragaman dan kesepakatan dalam kalangan parti komponen Pakatan Harapan, namun isu pokok iaitu calon perdana menteri masih terus menjadi persoalan.
BACA: Kenapa Anwar membisu bila nama Mahathir diumum calon PM dari PH?
Walaupun Kongres Nasional Tahunan PKR pada Mei lalu sepakat untuk menjadikan Anwar sebagai calon perdana menteri, namun pemimpin itu kini sedang menjalani hukuman penjara kerana kesalahan meliwat dan tidak mungkin berpeluang untuk bertanding pada PRU akan datang.
Awal bulan ini, timbul pula cadangan untuk melantik Mahathir ke jawatan itu dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya yang kononnya hanya menunggu restu daripada Anwar.
Isu calon perdana menteri Pakatan Harapan turut mendapat reaksi daripada Najib semasa menyampaikan ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 pada 9 Dis lalu, menyifatkan cadangan untuk melantik semula Dr Mahathir sebagai perdana menteri adalah tidak logik.
"Ada dengar juga ada orang umur 93 tahun berminat nak menjadi Perdana Menteri semula. Yang senja meniti malam, (bekas Presiden) Zimbabwe (Robert Mugabe) pun sudah tidak ada. Sebelah sana (pembangkang) sudah tidak menentu," kata Datuk Seri Najib.
Terbaru, dalam satu sidang media pada 12 Dis lalu, Dr Mahathir berkata Pakatan Harapan belum membuat sebarang keputusan berhubung calon perdana menteri dan menyatakan kesediaannya untuk dicalonkan jika gabungan pembangkang tidak mempunyai calon lain. -- Bernama/Rhoma Ahmad Razali
Bernama
Mon Dec 25 2017
Selain kemelut yang dilanda partinya, Dr Mahathir juga seperti mempamerkan diri sebagai seorang yang tidak relevan apabila dilihat tidak konsisten dan gemar mengubah pendiriannya mengenai sesuatu perkara. - Astro AWANI/Shahir Omar
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Syria akan hukum pelaku kekejaman era Assad
Pemimpin utama pejuang yang menggulingkan Bashar al-Assad menegaskan bahawa semua yang terlibat dalam penyeksaan atau pembunuhan tahanan semasa pemerintahan Assad akan dihukum tanpa pengampunan.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Iran seru Asia Barat bersatu, henti serangan Israel di Syria
Negara-negara di rantau Asia Barat perlu segera bersatu bagi mengambil tindakan efektif menghentikan pencerobohan israel serta kemusnahan di Syria.
Seruan itu dikemukakan Menteri Luar Iran, Seyyed Abbas Aragchi menerusi platform X pada Rabu.
Seruan itu dikemukakan Menteri Luar Iran, Seyyed Abbas Aragchi menerusi platform X pada Rabu.
Ada sinar di Syria selepas kejatuhan rejim Assad - PBB
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres berkata terdapat sinar baharu di Syria.
Menurut beliau pada Rabu, PBB komited sepenuhnya untuk menyokong peralihan kuasa yang lancar dengan proses politik yang inklusif di mana hak-hak minoriti akan dihormati sepenuhnya.
Menurut beliau pada Rabu, PBB komited sepenuhnya untuk menyokong peralihan kuasa yang lancar dengan proses politik yang inklusif di mana hak-hak minoriti akan dihormati sepenuhnya.
Piala AMEC: Jurulatih Timor-Leste tak puas hati tewas kepada Harimau Malaya
Kekalahan tersebut amat mengecewakan selepas mampu beraksi baik termasuk mendahului Malaysia pada separuh masa pertama, kata Elissetche.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Pembangunan perumahan mesti penuhi aspek manusiawi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek perumahan khususnya rumah mampu milik, mesti memenuhi aspek manusia dan keperluan asas rakyat.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Titah Adendum: Tidak munasabah ulas isu dalam prosiding mahkamah secara terbuka - Anwar
Perdana Menteri menegaskan bahawa isu kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah tidak wajar diulas secara terbuka.
Pulau Batu Puteh: Jika saya khianat, TPM masa itu juga khianat - Tun Mahathir
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak sama sekali menggadai kedaulatan Malaysia dan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama, serta negara.