awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor

Bernama
Bernama
11/12/2024
04:20 MYT
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar menerusi hantaran di Facebook mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin serta seluruh Kerabat Diraja terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan. - Foto Facebook Anwar
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan ucapan tahniah sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-79 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini.
"Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Ke-79 Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya," kata Anwar menerusi hantaran di Facebook.
Perdana Menteri mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin serta seluruh Kerabat Diraja terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, baginda turut berkenan mengurniakan darjah kebesaran dan pingat kepada 94 penerima hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keputeraan sultan selangor
#Sultan Selangor
#Anwar Ibrahim
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan