awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cabul dan ugut bunuh anak saudara, pemuda dihukum penjara dan sebat

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
29/12/2019
10:18 MYT
Cabul dan ugut bunuh anak saudara, pemuda dihukum penjara dan sebat
Tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang ketika kejadian berusia 14 tahun. - Foto Astro AWANI
Seorang pemuda dijatuhi hukuman lapan tahun penjara dan dua sebatan selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya.
Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Wan Azimah Yaacob selepas tertuduh didapati bersalah atas pertuduhan mengikut seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Selain itu, mahkamah turut mengarahkan tertuduh berusia 23 tahun diletakkan di bawah pengawasan polis selama satu tahun mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 sebaik selesai menjalani hukuman penjara.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang ketika kejadian berusia 14 tahun.
Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Kuala Nerus, kira-kira 9.30 malam pada 5 November tahun lalu.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud.
Dalam kejadian itu, suspek bertindak mengambil sehelai kain dan menutup mulut anak saudaranya itu sebelum menolak mangsa di sofa.
Selain itu suspek turut mengugut akan membunuh mangsa sekiranya dia membuat bising dan memaksa remaja itu memegang kemaluannya.
Topic Berkaitan
#amang seksual cabul raba kemaluan
#hukuman sebat
#Kanak-kanak
#Kuala Nerus
#Kuala Terengganu
#mahkamah
#Mahkamah Sesyen
#penjara
#polis
#remaja
#ugut bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan