KULIM:Seorang lelaki warga Bangladesh direman tiga hari bermula hari ini hingga 10 Oktober bagi membantu siasatan kes mencabul seorang juruwang di sebuah pasar raya di Kulim, Kedah.
Suspek berusia 28 tahun sebelum itu dikatakan menceroboh masuk bilik stor yang terletak di bahagian belakang pasar raya terbabit sewaktu mangsa sedang berehat sekitar jam 11.30 pagi semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Azhar Hashim, mangsa yang terkejut ketika suspek menerpa masuk dan menyergahnya kemudiannya pengsan.
Ketika mangsa tidak sedarkan diri suspek dipercayai telah mencabul mangsa dengan memeluk, meramas buah dada dan mencium perut mangsa.
Mangsa yang tersedar tidak lama selepas itu telah menjerit mengakibatkan suspek panik dan melarikan diri.
Jelas Azhar, mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Kulim.
Suspek ditahan malam tadi di sebuah rumah di daerah ini dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim untuk siasatan lanjut.
Hasil siasatan, suspek telah bekerja hampir dua tahun sebagai pembantu stor di pasar raya terbabit telah beberapa kali cuba menganggu mangsa.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 354/292 Kanun Keseksaan.
.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Oct 08 2020

Suspek ditahan malam tadi di sebuah rumah di daerah ini dan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim untuk siasatan lanjut. - Foto Astro AWANI

Bapa Bob Lokman didenda RM4,000 atas kesalahan ugut, rosak harta masjid
Bapa Bob Lokman didenda RM4,000 atau penjara 12 bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengugut pegawai masjid dan melakukan khianat.

Ini yang anda perlu tahu mengenai Proklamasi Darurat
Ordinan Darurat yang diisytiharkan baru-baru ini mencetus 1,001 persoalan kepada segelintir rakyat Malaysia.

Hiburan | Kemenangan Bront Palarae di Anugerah Televisyen Asia ke 25
Anugerah Televisyen Asia 2020 yang berlangsung secara maya pada Sabtu menyaksikan aktor Bront Palarae dinobatkan sebagai pemenang Best Leading Male Performance - Digital.

PSR: Nelayan dakwa pampasan tidak masuk akal dengan projek bertaraf mega
Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang berkata nilai pampasan yang dicadangkan terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan jumlah projek yang ingin dibangunkan.

TERKINI: Bekalan darah HRPZ II kritikal

Pasar Awam Apollo diarah tutup, gagal patuhi SOP
Keadaan di pasar itu didapati terlalu sesak sehingga menyukarkan penjarakan fizikal.

COVID-19 | Adakah SOP ketika ini memadai bendung penularan?
Malaysia terus mencatatkan peningkatan kes COVID-19 dengan semalam kes harian baharu tertinggi direkodkan dalam negara iaitu 4,029 kes. Untuk mengulas mengenai perkara ini, bersama dengan kita ketika ini ialah Pakar Dasar Kesihatan Awam, Dr Khor Swee Kheng.

COVID-19 | JAWI anjur program Wilayah Persekutuan Bermunajat
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui masjid, surau Jumaat, dan surau di seluruh Wilayah- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan menganjurkan program Wilayah Persekutuan Bermunajat.

Ozil dilapor tamat kontrak Arsenal, pindah ke Fenerbahce
Ozil, 32, tidak tampil bermain untuk Arsenal sejak Mac lalu dan dipinggirkan daripada skuad Liga Premier dan Liga Europa.

COVID-19: JAWI anjur program Wilayah Persekutuan Bermunajat malam ini
JAWI memaklumkan, antara pengisian program itu adalah solat Hajat, zikir dan doa munajat bermula pada malam ini, selepas solat Maghrib.

Cabul juruwang pasar raya, warga asing direman
Ketika mangsa tidak sedarkan diri suspek telah mencabul mangsa dengan memeluk, meramas buah dada dan mencium perut mangsa.

Pusat spa diserbu, enam pelacur warga asing ditahan
Polis menahan enam wanita warga asing yang menjalankan aktiviti pelacuran di sebuah premis yang berselindung di sebalik pusat spa di Parit Buntar, dekat sini, dalam Ops Noda, malam tadi.

Kaki putus tersangkut dalam paip loji kumbahan
Mangsa yang sedang melakukan kerja membaiki lubang kumbahan itu tiba-tiba tergelincir menyebabkan kakinya tersangkut dalam lubang paip berkenaan.

Insiden Jalur Gemilang terbalik di gereja Klang disebabkan 'tersalah pasang'
Tular di media sosial pada Rabu video berdurasi 28 saat menunjukkan Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di sebuah gereja di Klang.