awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cabul: Saya tiada agenda, hanya mahu lindungi kanak-kanak - Syed Azmi

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
25/08/2016
11:33 MYT
Cabul: Saya tiada agenda, hanya mahu lindungi kanak-kanak - Syed Azmi
Syed Azmi: Pencabulan seksual ke atas kanak-kanak boleh berlaku di mana-mana. - Foto Facebook Syed Azmi
DAKWAAN pencabulan seksual di Maahad Tahfiz Darul Barakah yang viral telah menarik perhatian pengguna media sosial kepada kiriman Facebook aktivis sosial Syed Azmi Alhabshi.
Pada Rabu, Syed Azmi mendedahkan butiran pencabulan seks luar tabii yang berlaku di ‘sebuah sekolah tahfiz’.
Pendedahan tersebut bagaimanapun telah mengundang beberapa komen yang menuduh Syed Azmi hanya mahu menjatuhkan sekolah berteraskan pendidikan Islam.
Tuduhan tersebut dinafikan sekeras-kerasnya oleh aktivis itu.
BACA: Syed Azmi dedah dakwaan cabul pelajar tahfiz: 'Cium Abi sebelum tidur'
“Ini bukan soal sekolah, agama, atau bangsa. Isu ini (cabul kanak-kanak) berlaku di mana-mana. Saya dedahkan perkara ini untuk memberi kesedaran, untuk melindungi mangsa,” tegas Syed Azmi dalam temubual bersama Astro AWANI.
Akur bahawa dakwaan tersebut masih dalam siasatan, aktivis itu turut menjelaskan pendedahan hanya dilakukan selepas dia menerima maklumat terperinci berkenaan dakwaan pencabulan seksual di sebuah maahad tahfiz.
“Kalau ada pencabulan di tempat lain, tidak kira di mana sahaja, beritahu saja. Saya akan dedahkan,” tambahnya.
Syed Azmi juga berharap perbincangan hangat di media sosial mengenai isu pencabulan seksual berakhir dengan penyelesaian dan bukannya menjadi agenda sensasi semata-mata.
Topic Berkaitan
#cabul
#kazim elias
#Maahad Tahfiz
#maahad tahfiz darul barakah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan