awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadang ambil golongan Cina sertai kabinet

Hakim Rahman
Hakim Rahman
11/05/2013
07:16 MYT
Cadang ambil golongan Cina sertai kabinet
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disarankan mengambil golongan profesional Cina menganggotai barisan kabinet yang baru.
Cadangan itu dikemukakan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) bagi memastikan kaum Cina mempunyai wakil dalam barisan kabinet.
Presidennya, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, ia juga bagi mengukuhkan perpaduan antara kaum.
"Kalau Perdana Menteri tidak dapat MCA, beliau boleh mempertimbangkan dengan mencari pemimpin-pemimpin kaum Cina yang lain yang berpengalaman, profesional dan tidak rasis.
“Ramai pemimpin-pemimpin kaum Cina yang mempunyai idea bagus bersifat toleransi dan tidak ektremis boleh menganggotai pasukan kabinet Najib" katanya dalam satu sidang media selepas menghadiri Persidangan Politik Malaysia dan Kerajaan Pasca PRU13 di sini hari ini.
Turut hadir di dalam majlis itu ialah Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim dan Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Mohd Shahrir Samad.
Cadangan itu diutarakan berikutan pendirian MCA yang tidak mahu memegang sebarang jawatan kabinet berikutan prestasi buruk dalam PRU13.
Tambahnya barisan kabinet yang baru itu perlu mencerminkan kepelbagaian dengan mengambil kira penyertaan muka lama dan baru.
Beliau dalam masa sama berpendapat calon yang tewas tidak wajar diberikan jawatan kabinet kerana dibimbangi mewujudkan budaya peluang kedua.
Sementara itu bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berpendapat PRU13 kali ini berlangsung dalam keadaan lebih tegang berbanding sebelumnya.
Musa yang juga penaung kepada MyWatch, sebuah NGO pemerhati jenayah berkata mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan PRU13 perlu menyatakan bantahan mengunakan saluran yang betul.
Ia termasuk menghantar petisyen kepada mahkamah dalam tempoh 21 hari selepas keputusan pilihanraya diumumkan.
Topic Berkaitan
#Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia
#Najib Razak
#Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan