SHAH ALAM: Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam mencadangkan satu institusi bebas atau Kursi Pengajian Kewartawanan A. Samad Ismail ditubuhkan sebagai usaha memartabatkan profesion wartawan dalam negara ini.
Musa berkata selain meningkatkan kualiti bidang itu, cadangan tersebut juga antara lain bagi memperingati jasa dan sumbangan Allahyarham Tan Sri A. Samad Ismail yang merupakan tokoh kewartawanan disegani serta pejuang negara.
"Ada cadangan supaya satu institut yang boleh kita tubuhkan sebagai mengingati A. Samad Ismail. Ia mungkin boleh diwujudkan di universiti terkemuka dalam negara ataupun mungkin kita tubuhkan satu institut yang bebas.
"(Cadangan penubuhan) institut itu boleh kita gunakan untuk mengenang (jasa A. Samad Ismail) dan lebih penting lagi sebagai cara memperbaiki profesion kewartawanan dalam negara ini (dengan itu) akan dapat dipertingkatkan kebolehannya," katanya dalam ucapan perasmian sempena Simposium Memperingati Tan Sri A. Samad Ismail: Wartawan, Cendekiawan Awam, Negarawan di Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di sini hari ini.
Menurutnya pada ketika ini negara amat memerlukan tokoh wartawan berkualiti yang bertanggungjawab dan amanah selain tidak mengutamakan habuan wang ringgit.
Sementara itu, Tokoh Wartawan Negara Tan Sri Johan Jaaffar bersetuju dengan cadangan yang dibangkitkan oleh Musa bahawa terdapat keperluan untuk mewujudkan sebuah sekolah, institusi atau kursi kewartawanan A. Samad Ismail.
"Apapun yang diputuskan pada penghujung simposium ini, (insya-Allah) ia akan mengekalkan legasi beliau sebagai wartawan, cendekiawan dan negarawan," katanya dalam ucaptama bertajuk 'Mencari A. Samad Ismail'.
Turut senada dengan cadangan itu, Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican yang mencadangkan antaranya menamakan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) UiTM sebagai Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media A. Samad Ismail.
Ahmad Murad dalam ucaptama yang bertajuk 'Merentasi Sejarah Tiga Negara: A. Samad Ismail sebagai Wartawan, Cendikiawan Awam dan Negarawan', turut mencadangkan agar nama tokoh itu diabadikan sebagai nama jalan di Kuala Lumpur atau di bandar besar di Malaysia serta mewujudkan memorial, galeri atau perpustakaan A Samad Ismail di satu tempat yang sesuai.
Simposium sehari yang dihadiri kira-kira 150 tetamu dan dianjurkan dengan kerjasama FKPM-UiTM serta ISTAC-UIAM itu, bertujuan membincangkan pemikiran dan sumbangan tokoh kewartawanan negara berkenaan dalam konteks sosiopolitik Malaysia.
Program itu turut menampilkan kartunis tersohor negara Datuk Mohamad Nor Khalid atau Datuk Lat, yang berkongsi pelbagai perspektif mengenai A. Samad Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Samad.
Turut berkongsi pandangan sembilan pembentang lain terdiri daripada ilmuan, pengamal media dan penulis yang berpengalaman bekerjasama dengan A. Samad Ismail sepanjang hayatnya, termasuk Presiden Institut Akhbar Malaysia (MPI) yang juga bekas Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Yong Soo Heong, yang mengakui telah mencontohi pendekatan tidak formal Pak Samad dalam membimbing wartawan muda.
"Walaupun Pak Samad merupakan tokoh penting dalam dunia kewartawanan dan pejuang nasionalisme di Nusantara, beliau sangat mudah didekati, selalunya dalam cara yang sangat tidak formal.
"Dalam bilik berita, bimbingan dan kepimpinan secara tidak formal memainkan peranan penting untuk memupuk pembangunan, kerjasama dan komunikasi yang berkesan," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Menghargai Reputasi dan karya A. Samad Ismail'.
Sementara itu, Dekan FKPM Prof Madya Dr Abd Rasid Abd Rahman pula berkata penganjuran wacana ilmu seperti simposium ini adalah sebahagian daripada fungsi fakulti dalam konteks memaklumkan khalayak dan memberikan saranan ilmu kepada massa secara berterusan, ilmiah dan berautoriti.
"Dalam menyorot latar kewartawanan tempatan, nama seperti Abdul Rahim Kajai, Ahmad Boestamam dan A. Samad Ismail perlu diberi penghargaan negara atas segala jasa bakti mereka. Kemelut zaman yang penuh pancaroba telah dilalui oleh mereka dengan tabah yang menyalakan obor perjuangan bangsa melalui tinta pena," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 15 2024
Musa berkta, pada ketika ini, negara amat memerlukan tokoh wartawan berkualiti yang bertanggungjawab dan amanah selain tidak mengutamakan habuan wang ringgit. - Bernama
30,000 tempat ditawarkan dalam program UP_TVET - Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, elakkan daripada mana-mana pemohon terlepas peluang belajar meskipun dijangka terdapat 30,000 tempat ditawarkan dalam program UP_TVET.
AWANI Ringkas: Jenazah suspek tidak dibenarkan dibawa ke mana-mana masjid
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Trafik penumpang MAHB meningkat 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024
Pergerakan penumpang MAHB berkembang sebanyak 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024 berbanding 10.2 juta pada bulan sebelumnya.
Fenomena astronomi: Serpihan komet melalui langit Portugal dan Sepanyol
Rakaman sebuah kamera keselamatan menunjukkan serpihan komet terang melalui langit di bandar Braga Portugal pada malam Sabtu.
Helikopter terhempas, Presiden Iran disahkan maut: Apa makna kepada Iran, dunia Islam?
Ikuti ulasan Pesuruhjaya Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Dato' Haji Ahmad Azam Ab Rahman mengenai tragedi helikopter terhempas yang meragut nyawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi pada Isnin.
Ekonomi Bumiputera: Kerajaan berhasrat gandakan syarikat di Bursa Malaysia
Ia merupakan aspirasi yang diharap dapat dicapai dalam usaha menstruktur semula ekosistem ekonomi syarikat Bumiputera.
Pembunuh Muntik Bani terlepas hukuman gantung
Seorang bekas penjual tebu yang membunuh pembantu rumah warganegara Indonesia, Muntik Bani terlepas hukuman gantung.
15 ditahan kes masak mi segera di stesen minyak di Genting Highlands
Polis menahan 15 individu berkaitan kes tular yang dipercayai melakukan aktiviti memasak mi segera di sebuah stesen minyak di Genting Highlands, baru-baru ini.
Berdepan masalah jantung, Uyaina Arshad pilih bersalin secara pembedahan
Pasangan selebriti Uyaina Arshad melahirkan rasa syukur apabila dia sudah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Jumaat lalu.
Pahang hantar bantuan barangan 30 tan ke Palestin
Kerajaan Pahang akan menghantar 30 tan barangan bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi meringankan beban rakyat Palestin.
Cadang wujud institusi A. Samad Ismail, martabat profesion kewartawanan negara
Pada ketika ini, negara amat memerlukan tokoh wartawan berkualiti yang bertanggungjawab dan amanah selain tidak mengutamakan habuan wang ringgit.
Institusi Presiden UMNO perlu dihormati - Tok Mat
Ahli UMNO diminta untuk terus menghormati institusi presiden dan tidak melakukan sesuatu di luar budaya parti.
UUM lonjak kedudukan dalam senarai universiti terbaik dunia
UUM berjaya menempatkan diri dalam kelompok tiga universiti terbaik di Malaysia dengan memperoleh skor 34.8 peratus berbanding 9.3 peratus sebelum ini.
COVID-19: Bincang, praktik konsep menang-menang dalam isu bayaran pengasuh, pendidikan
Jabatan Mufti Negeri Perak mengambil maklum tentang persoalan ramai pihak sama ada boleh atau tidak mengambil bayaran penuh, sedangkan anak tidak dihantar ke rumah pengasuh ketika wabak COVID-19.
Utusan Melayu sebuah institusi bukan hanya surat khabar - Johan Jaaffar
Utusan Melayu menjadi titik tolak penting dalam dunia surat khabar kerana ia merupakan akhbar Melayu pertama yang dibiayai sepenuhnya orang Melayu sendiri.
Indeks Inovasi Global 2019: Malaysia kekalkan kedudukan di tangga ke-35
Meningkat bagi empat daripada tujuh tonggak GII iaitu institusi (ke-40), infrastruktur (ke-42), sofistikasi perniagaan (ke-36) dan keluaran kreatif (ke-44).
Implikasi peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-15
Sekali gus peristiwa letak jawatan diRaja ini merupakan suatu gegaran yang bukan sahaja menguji institusi Raja ini tetapi juga sistem Raja Berperlembagaan yang dianut selama ini di Malaysia.
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$104.7 bilion pada 29 Jun
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$104.7 bilion setakat 29 Jun 2018 berbanding AS$107.9 bilion pada 14 Jun 2018.
Pelajar antara ditahan dalam Op Bersepadu dekat Jitra
Pelajar berusia 20 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10.30 malam selepas motosikal yang ditungganginya itu tidak mempunyai rekod pemilikan (rekod tidak wujud) sebelum ia disita untuk pemeriksaan.
Prestariang tubuh institusi pengajian tinggi swasta
Prestariang Education Sdn Bhd, telah menerima kelulusan daripada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia menubuhkan institusi pengajian tinggi.