Utusan Melayu perlu dipertahankan kerana ia merupakan manifestasi daripada seluruh kekuatan dan kehebatan tradisi persuratkhabaran dan kewartawan Melayu, kata Tokoh Wartawan Negara Tan Sri Johan Jaaffar.

Katanya, Utusan Melayu yang bermula pada tahun 1939 merupakan sebuah institusi, bukan sekadar surat khabar semata-mata.

Utusan Melayu jelas beliau menjadi titik tolak penting dalam dunia surat khabar kerana ia merupakan akhbar pertama yang dibiayai sepenuhnya orang Melayu sendiri.

"Utusan Melayu mempunyai sejarah yang cukup istimewa, cukup panjang dengan tradisi yang hebat dan luar biasa, maka bagi saya ia perlu dipertahankan.

"Ia juga merupakan manifestasi daripada seluruh kekuatan dan kehebatan tradisi persuratkhabaran dan kewartawanan Melayu," katanya kepada Astro AWANI.


BACA: Utusan tidak boleh harapkan simpati semata-mata - Johan Jaaffar