awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MBS disaran kaji semula waktu operasi bazar Aidilfitri di Senawang - Aminuddin
Ijazah perubatan USM kini diiktiraf di Singapura
Panda gergasi Xiao Xiao, Lei Lei selamat kembali ke China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan bakar kilang Cadbury keterlaluan - ABIM

Bernama
Bernama
27/05/2014
23:08 MYT
Cadangan bakar kilang Cadbury keterlaluan - ABIM
ABIM: Prosedur susulan dalam penguatkuasaan Akta Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu diperbaiki.
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyifatkan tindakan segelintir badan bukan kerajaan yang mahu membakar kilang Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd (Cadbury) sebagai keterlaluan dan tidak melambangkan imej Islam.
Presidennya, Amidi Abd Manan berkata walaupun penemuan DNA babi dalam dua produk coklat Cadbury merupakan perkara serius, namun tindakan yang dipenuhi emosi dan tidak rasional hanya akan memalukan umat Islam.
"Kenyataan sebegini jelas menunjukkan kedangkalan kefahaman individu tersebut berkaitan agama Islam.
"Islam sebagai agama kesejahteraan sentiasa menonjolkan sifat rahmat dan kasih sayang Allah, apatah lagi makanan itu dimakan tanpa diketahui dan disedari mengandungi unsur daripada babi," katanya dalam satu kenyataan Selasa.
Amidi berkata selain mengenakan tindakan tegas terhadap syarikat terbabit, prosedur susulan dalam penguatkuasaan Akta Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu diperbaiki.
Sabtu lepas Kementerian Kesihatan mengesahkan penemuan DNA babi dalam dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond).
Susulan daripada itu Jakim menggantung serta merta sijil pengesahan halal dua produk keluaran Cadbury itu.-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ABIM
#Babi
#cadbury
#cokelat
#Halal
#JAKIM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan