Skip to main content

Dunia

Rubio bertemu Pope Leo di Vatican selepas pertikaian diplomatik

Pope Leo XIV meets U.S. Secretary of State Marco Rubio at the Vatican, May 7, 2026. Vatican Media/Simone Risoluti/Handout via REUTERS ATTENTION EDITORS - THIS IMAGE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY
Rubio (kanan) bertemu Pope Leodi Vatican City dalam usaha meredakan ketegangan susulan pertikaian antara Pope itu dengan Presiden Donald Trump. - Gambar Reuters

ROM: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio bertemu Pope Leo XIV di Vatican City dalam usaha meredakan ketegangan susulan pertikaian antara Pope itu dengan Presiden Donald Trump, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Leo lantang mengkritik perang melibatkan AS-Israel di Iran dan menggesa gencatan senjata dilaksanakan. 

Trump pula menuduh Pope kelahiran AS itu menyokong usaha Tehran memperoleh senjata nuklear serta menyifatkannya sebagai “lemah terhadap jenayah.”

Rubio, seorang penganut Katolik yang dilahirkan daripada keluarga pendatang Cuba, menegaskan persamaan pendirian dengan Vatican menjelang lawatannya, termasuk dalam isu kebebasan beragama di seluruh dunia.

Di Cuba, katanya, AS menyediakan bantuan kemanusiaan dengan sokongan Gereja Katolik.

Rubio tiba di Rom pada Khamis dan dijadual bertemu Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni, pada Jumaat.

Hubungan antara Meloni dan Trump dilaporkan semakin tegang susulan pertikaian pemimpin AS itu dengan Pope berkenaan.

-- BERNAMA-dpa

 

Must Watch Video