Skip to main content

Dunia

Pegawai Belanda sahkan 40 penumpang turun dari kapal persiaran, MV Hondius dilanda wabak hantavirus

Ships at dock at Granadilla port, where the MV Hondius, carrying nearly 150 people, is expected to arrive within three days, Spain's Health Minister Monica Garcia said, adding that those on board were not presenting any symptoms of the disease, in Granadilla de Abona, Santa Cruz de Tenerife, Spain May 7, 2026. REUTERS/Leonardo Benassatto REFILE - ADDING LOCATION INFO "GRANADILLA DE ABONA". TPX IMAGES OF THE DAY
Puluhan penumpang daripada kapal persiaran Belanda MV Hondius, yang dilanda wabak Hantavirus, telah turun di Pulau Saint Helena, dengan kontak mereka sedang dikesan. - Gambar Reuters

MOSCOW: Puluhan penumpang daripada kapal persiaran Belanda MV Hondius, yang dilanda wabak Hantavirus, telah turun di Pulau Saint Helena, dengan kontak mereka sedang dikesan, menurut Kementerian Luar Belanda dan Kementerian Kesihatan, Kebajikan dan Sukan negara itu pada Khamis, lapor Sputnik/RIA Novosti.

MV Hondius membuat persinggahan sementara di Saint Helena sebelum belayar menuju ke pesisir Cape Verde, menurut kedua-dua kementerian itu dalam surat kepada parlimen.

Beberapa penumpang meninggalkan kapal itu, termasuk seorang warga Belanda yang kemudiannya meninggal dunia akibat hantavirus di Johannesburg, menurut surat berkenaan.

“Selain itu, kira-kira 40 individu lain turut turun di Saint Helena, termasuk seorang warga Switzerland yang kemudian mengalami gejala dan disahkan dijangkiti hantavirus,” menurut kenyataan itu lagi.

Pejabat Kesihatan Awam England, bersama-sama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sedang berusaha mengesan kontak baki pengembara di Saint Helena, menurut kementerian Belanda itu.

WHO memaklumkan bahawa strain Andes bagi hantavirus dikesan di kapal persiaran Atlantik itu, dengan diagnosis disahkan menerusi ujian yang dijalankan di institut di Afrika Selatan dan Switzerland.

Jumlah keseluruhan jangkitan yang disahkan meningkat kepada lapan selepas satu lagi kes dikenal pasti melibatkan pesakit yang kembali ke Switzerland. 

Tiga daripada mereka meninggal dunia.

Pihak berkuasa Belanda berkata, risiko penularan virus itu di Belanda adalah amat rendah walaupun ia melibatkan strain Andes.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas KLM melaporkan seorang penumpang yang kemudian meninggal dunia akibat virus itu dikeluarkan daripada penerbangan, manakala seorang pramugari yang mempunyai kontak dengan wanita terbabit dimasukkan ke hospital.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

Must Watch Video