awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan iktiraf Bugis, Jawa perlu dilihat dari pelbagai aspek

Bernama
Bernama
04/02/2019
04:26 MYT
Cadangan iktiraf Bugis, Jawa perlu dilihat dari pelbagai aspek
MOHD SHAFIE: Perlu diteliti agar tidak menjadi pertikaian tanpa mengetepikan suku kaum yang terdapat di Sabah.
Kerajaan negeri akan meneliti pendekatan terbaik pelantikan wakil kaum Bugis dan Jawa sebagai pemimpin di peringkat kampung.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata perkara itu perlu diteliti agar tidak menjadi pertikaian tanpa mengetepikan suku kaum yang terdapat di Sabah.
"Kita harus lihat dari kampung yang ada, kalau sekiranya masyarakat Tionghua bukan kita katakan 'native' tetapi mereka mempunyai kapitan, jadi itu juga harus kita lihat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program tinjauan mesra di Segama sempena sambutan Tahun Baru Cina, di sini pada Ahad.
Mohd Shafie berkata kesesuaian itu perlu dilihat untuk mewakili sesebuah kaum di sesuatu kawasan namun bagaimana ia dilaksanakan perlu berlandaskan dengan perundangan yang sedia ada.
Baru-baru ini, Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Aidi Moktar dikecam selepas mencadangkan masyarakat Jawa dan Bugis di negeri ini diiktiraf sebagai anak negeri.
Mengenai program itu, sebanyak 700 gerai jualan dan 20 trak makanan beroperasi di sekitar Segama bermula jam 3.30 petang Ahad hingga 2 pagi, Isnin.
Selain itu, gerai jualan turut dibuka di lokasi lain iaitu di Lido, Penampang; Metro Town, Inanam dan Foh Sang, Luyang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bugis
#jawa
#kampung
#Masyarakat
#Mohd Shafie Apdal
#pemimpin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan