PUTRAJAYA: Cadangan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mewujudkan jawatan fleksi bagi pembantu perubatan terlatih supaya kekal berkhidmat dalam bidang kepakaran mereka sedang diteliti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni.
Beliau berkata perincian dan kajian berkaitan cadangan itu telah dilaksanakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan sebelum dibawa ke JPA tahun lepas.
Pada masa kini katanya penempatan pembantu perubatan yang dinaikkan pangkat adalah mengikut kekosongan perjawatan.
"Jika tiada kekosongan mereka terpaksa dipindahkan ke fasiliti atau bidang lain yang mempunyai kekosongan perjawatan dan perkara ini merugikan pihak KKM," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Sambutan Hari Pembantu Perubatan ke-13 di sini hari ini.
Lukanisman berkata pertukaran ke fasiliti atau bidang lain secara tidak langsung menjejaskan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan selamat kepada pesakit.
"Kita nampak satu sudut yang positif berkenaan hasrat ini dan berharap agar perjawatan fleksi ini sekiranya lulus akan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan," katanya.
Beliau berkata gred-gred fleksi yang akan diwujudkan dalam bidang pengkhususan juga boleh membantu mengekalkan pembantu perubatan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.
Dalam ucapannya beliau berkata pihak KKM telah menambah jaringan hubungan profesion bagi pembantu perubatan dengan beberapa negara luar termasuk Physician Associate di Kanada dan Australia serta pegawai klinik di Afrika Selatan.
"Melalui jaringan hubungan di peringkat global ini berjaya membuka ruang dan platform terbaik dalam mengiktiraf dan menambah baik profesion ini," katanya dan menambah pengiktirafan itu juga menunjukkan pembantu perubatan di Malaysia setanding profesion lain di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 10 2024
Lukanisman bercakap kepada pemberita selaps majlis Sambutan Hari Pembantu Perubatan ke-13 bertemakan "Bakti Mulia, Masyarakat Sejahtera Aspirasi Malaysia MADANI" hari ini. - Foto Bernama
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Kenaikan premium insurans perubatan harus munasabah, tidak membebankan - PM
Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan akan menentukan kawalan supaya kenaikan premium insurans perubatan tidak terlalu tinggi, kata PM.
Nahas lima kenderaan di Kajang: Van langgar ambulans berhenti rawat mangsa kemalangan
Naazron berkata sebelum itu, terdapat kemalangan lain berlaku di lokasi berkenaan yang membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal.
Menelusuri landskap penyakit jarang jumpa di Asia
Malaysia, berpotensi mendukung pemajuan penjagaan dan rawatan bagi rantau ASEAN dengan membangunkan ekosistem yang menggalakkan kesedaran, kesediaan, mempercepat peraturan dan kepimpinan dasar.
Kempen Komuniti Penyayang 2024 Ayam Brand tumpu pemakanan sihat, kecergasan fizikal
Tumpuan kepada membentuk tabiat pengambilan makanan berkhasiat yang mengandungi Omega-3, selain mempromosi gaya hidup aktif.
Penyasaran subsidi kesihatan awam mampu dilaksana - Dr Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyasaran subsidi kesihatan awam sedang diteliti dan dilihat mampu dilaksanakan dengan algoritma dan sifir khusus.
Parlimen laksana tiga program promosi gaya hidup sihat untuk wakil rakyat
Parlimen hari ini melaksanakan Program Kesejahteraan Kesihatan Bersama Ahli Parlimen untuk mempromosi gaya hidup sihat.
Akta 852: JKN Perlis pergiat gerak kerja beri penerangan, pemahaman masyarakat belum mantap
JKN Perlis mempergiat gerak kerja memberikan penerangan mengenai Akta 852 yang berkuat kuasa 1 Okt lepas bagi meningkatkan kefahaman masyarakat.
KKM nafi kecam lagu APT nyanyian Rose Blackpink, Bruno Mars
KKM menjelaskan, sebarang kenyataan berhubung artikel yang dikaitkan dengan KKM itu tidak dikeluarkan atau dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia.