Skip to main content

Malaysia

Cadangan penerbangan terus Kuching-Kuantan menjelang hujung tahun

KUCHING, 2 Jan -- Pesawat AirBorneo DHC6-400 sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching hari ini.  AirBorneo dengan bangganya mengumumkan pelancaran berjaya penerbangan sulungnya dengan menggunakan corak dan identiti pesawat sendiri, menandakan satu pencapaian penting susulan pengambilalihan MASwings yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2026.  Penerbangan tersebut adalah dari Kuching ke Mukah menggunakan pesawat ATR72-500 dan dari Kuching ke Tanjung Manis menggunakan pesawat DHC6-400.  Penerba
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata perkara itu sedang diperhalusi, termasuk kemungkinan kerjasama dengan syarikat penerbangan seperti AirAsia atau menerusi Air Borneo. - Gambar fail/BERNAMA

KUANTAN: Sarawak dan Pahang menjangkakan cadangan mewujudkan penerbangan terus antara Kuching dan Kuantan dapat direalisasikan sebelum penghujung tahun ini, tertakluk kepada ketersediaan pesawat.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata perkara itu sedang diperhalusi, termasuk kemungkinan kerjasama dengan syarikat penerbangan seperti AirAsia atau menerusi Air Borneo.

Advertisement

“Sarawak kini sudah mempunyai penerbangan ke beberapa destinasi seperti Kota Bharu, Langkawi, Johor dan Singapura,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Showcase Usahawan Sarawak (SUS) 2026 di sebuah pusat beli-belah di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak berkata cadangan tersebut diyakini mampu merancakkan sektor pelancongan selain memperkukuh hubungan perdagangan antara negeri itu dan Pahang.

Katanya cadangan itu telah dikemukakan ketika kunjungan hormat beliau kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, semalam.

Mengulas lanjut, Awang Tengah berkata perancangan Pahang untuk membina pelabuhan baharu turut membuka ruang kerjasama lebih luas antara kedua-dua negeri, khususnya dalam sektor perdagangan dan pelaburan.

“Pada dasarnya, kita telah bersetuju untuk memanfaatkan sebahagian kemudahan pelabuhan bagi tujuan logistik serta pemprosesan halal,” katanya.

Beliau berkata Sarawak juga sedang merancang pembangunan terminal kapal persiaran di Kuching dan Miri, selaras usaha memperkukuh sektor pelabuhan serta meningkatkan daya tarikan pelaburan.

“Kesalinghubungan udara dan laut amat penting pada masa kini kerana ia memudahkan hubungan dalam sektor pelancongan, perdagangan serta pelaburan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Showcase Usahawan Sarawak (SUS) 2026 yang berlangsung di Kuantan City Mall bermula semalam hingga 3 Mei ini menghimpunkan 49 syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dari seluruh Sarawak.

Beliau berkata pameran itu berpotensi menjana jualan sehingga RM3 juta menerusi aktiviti promosi serta sesi padanan perniagaan sepanjang program berlangsung.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video