Skip to main content

Dunia

FIFA akan beri bayaran penuh untuk pengadil Somalia dinafikan kemasukan - Laporan

Referee Omar Artan, center, of Somalia, is confronted by players after calling a penalty kick during the CAF Champions League final soccer match between AS FAR Rabat and Mamelodi Sundowns, in Rabat, Morocco, Sunday, May 24, 2026. (AP Photo/Mosa'ab Elshamy)
Omar Abdulkadir Artan yang dinafikan kemasukan ke Amerika Syarikat untuk merasmikan Piala Dunia FIFA 2026, akan menerima bayaran penuh kejohanan. - Gambar fail AP

ISTANBUL: Pengadil Somalia, Omar Abdulkadir Artan yang dinafikan kemasukan ke Amerika Syarikat (AS) untuk merasmikan Piala Dunia FIFA 2026, akan menerima bayaran penuh kejohanan, lapor Anadolu Ajansi, memetik pelbagai sumber.

FIFA komited untuk membayar gaji penuh Artan bagi kejohanan itu, walaupun beliau tidak mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Pengadil yang dipilih untuk Piala Dunia tidak mengetahui bayaran sebenar yang akan mereka terima, kerana bayaran dibuat selepas kejohanan tamat.

Artan, 34, dipilih oleh FIFA untuk merasmikan Piala Dunia sekali gus menjadi pengadil Somalia pertama yang dipilih ke kejohanan itu.

Beliau disoal siasat selama 11 jam oleh pihak berkuasa imigresen AS di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami sebelum diberitahu tidak dibenarkan memasuki negara itu.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video

Advertisement