Cadangan menaikkan umur persaraan lebih daripada 60 tahun perlu dikaji secara mendalam, ujar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Jelasnya, kajian menyeluruh perlu dilakukan kerana ia memerlukan persetujuan bersama selain sistem sokongan berkesan.
"Kalau kita tengok negara jiran, Singapura, umur persaraan ialah 67 tahun. Kita baru naik umur persaraan kepada 60 tahun, semua struktur sokongan yang kita ada memerlukan banyak kerjasama. Malah, ada orang yang looking forward untuk bersara," katanya semasa sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Seminar Kebangsaan Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM) 2017 'Social Protection and Sustainable Development - Empowering Older Persons' di sini hari ini.
Beliau berkata, cara bekerja mereka yang berusia 60 tahun ke atas adalah berbeza dengan lingkungan umur lebih muda.
"Yang nak bekerja, kami harap pekerjaan yang dibuat itu juga ialah pada kehendak mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Cara dan syarat bekerja mereka ini lain. Mereka tidak mahu terikat dengan 9 pagi ke 5 petang atau 8 pagi ke 4 petang. Namun dia nak bekerja yang dia tentukan masa itu," katanya lagi.
Justeru katanya, beliau sentiasa mendengar kehendak pekerja sama ada yang mahu kekal dengan umur persaraan 60 tahun, mahupun lebih dari usia berkenaan.
"Kita sentiasa memenuhi kehendak seperti ini supaya kalau dia nak bekerja, dia boleh terus bekerja. Kalau dia tidak mahu bekerja dia nak aktif dalam NGO dan kalau dia nak duduk dalam surau, atau nak melancong, semua boleh," ujarnya.
Jelasnya lagi, menaikkan umur persaraan bukanlah menjadi isu utama, namun sejauh mana sistem sokongan dapat dilakukan secara berkesan.
"Bagaimanapun, inu bukan sahaja melibatkan kementerian saya sahaja, malah ia turut melibatkan EPF, insurans, JPA dan sebagainya. Malah, isu orang bawah tidak naik pangkat juga perlu diteliti (jika cadangan usia persaraan lebih 60 tahun dilaksanakan)," tambahnya.
Umur persaraan penjawat awam di negara ini dilanjutkan daripada 55 tahun kepada 56 tahun pada 2001, 56 tahun kepada 58 tahun (tahun 2008) dan 58 tahun kepada 60 tahun pada tahun 2012.
Rahimah Abdullah
Sat Apr 08 2017
ROHANI: Kajian menyeluruh perlu dilakukan kerana ia memerlukan persetujuan bersama selain sistem sokongan berkesan.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Ibu bapa perlu bimbing anak pilih kerjaya selaras tuntutan masa depan
Sektor seperti semikonduktor, teknologi, kejuruteraan dan bidang STEM lain yang berkembang pesat, menawarkan peluang besar untuk kejayaan kerjaya jangka panjang.
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM tekad lahir lebih ramai graduan STEM
Bagi mencapai hasrat itu, pelbagai program diadakan termasuk mencipta rekod MBOR baharu sempena Mechanical Open Day and Exhibition 2024.
Kemunculan kerjaya baharu dorong Bumiputera beralih daripada bidang profesional
Ketidakseimbangan antara Bumiputera dan bukan Bumiputera dalam bidang profesional perlu dikurangkan.
Usaha wujudkan persekitaran menggalakkan wanita ceburi kerjaya berkaitan STEM amat penting
Usaha ini dapat direalisasi dengan menyediakan peluang-peluang latihan dan pendidikan yang perlu kepada kaum wanita.
Jihan Muse lebih memilih, ini sebab-sebabnya!
Pertandingan berkonsepkan nyanyian membabitkan peserta kanak-kanak itu bakal menyaksikan Jihan duduk di kerusi juri.
Taylor's College x Lembaga SACE: 40 tahun meneraju transformasi pendidikan tinggi dengan Laluan AUSMAT
Jalinan erat antara dua entiti tersebut secara konsisten menjadi batu loncatan buat pelajar kepada pendidikan berkualiti tinggi.
UMS, ITBM jalin kerjasama bidang terjemahan dan suntingan
MoU itu antara lain bertujuan meningkatkan bilangan penterjemah dan penyunting bertauliah dalam kalangan kakitangan akademik UMS.
Hannah Yeoh galak belia isi masa hujung minggu pertingkat, tambah kemahiran diri
Hannah Yeoh menyeru golongan belia agar mengisi masa masing-masing pada hujung minggu dengan berusaha meningkatkan kemahiran serta mencari kemahiran baharu bagi membolehkan mereka menambah pendapatan.
Kaunselor main peranan penting bimbing pelajar ketahui hala tuju selepas SPM
Kaunselor dilatih untuk memahami keperluan majikan pada masa akan datang supaya boleh membantu pelajar mengetahui hala tuju mereka selepas tamat persekolahan.
Karnival #MyDigitalMaker MDEC kembali untuk inspirasi penggiat digital muda
Penganjuran tahun kedua menerusi platform maya, karnival tahunan ini dijadualkan pada 11 Oktober hingga 21 November 2021.