LABUAN: Cadangan projek pembinaan Jambatan Labuan-Menumbok tidak pernah ditarik balik dan telah beberapa kali dibincangkan di peringkat Kabinet, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Idea cadangan pembinaan jambatan Labuan ke tanah besar Sabah tidak pernah ditarik balik dan diteruskan seperti biasa.
"Dua tiga minggu sebelum Parlimen dibubarkan, cadangan pembinaan jambatan Labuan dibincangkan di peringkat Kabinet menyentuh dua perkara iaitu yang pertama supaya diteruskan... yang kedua bagaimana formula pelaksanaannya," katanya selepas Majlis Amanat Jelajah Keluarga Malaysia di Dewan Konvensyen Kompleks Ujana Kewangan di sini semalam.
Bagaimanapun, beliau berkata agak sukar untuk Kerajaan Persekutuan mengeluarkan bajet tinggi bagi pelaksanaan pembinaan Jambatan Labuan-Menumbok yang menelan belanja besar.
"Mungkin pelaksanaannya adalah secara inisiatif kewangan swasta yang melibatkan pihak swasta namun ia perlu dibincang secara menyeluruh kerana mungkin melibatkan pertukaran tanah," katanya.
Ismail Sabri berkata ada cadangan pembinaan Jambatan Labuan-Menumbok melibatkan penambakan kawasan laut namun kerajaan tidak pasti keluasan yang diperlukan.
"Formula terbaik sedang dicari dan pada masa yang sama, Kabinet ingin melihat pelan jangka panjang pelaksanaan pembinaan jambatan ini," katanya.
Perdana Menteri juga berkata kerajaan mengakui bahawa pembangunan di Labuan agak perlahan meskipun sektor kewangan sudah lama beroperasi.
"Walaupun telah lama Labuan dijadikan hab sektor kewangan tetapi pembangunan Labuan nampak agak perlahan... kita minta Menteri yang menjaga Unit Perancang Ekonomi melihat secara keseluruhan pelan pembangunan Labuan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 23 2022

Ismail Sabri menyampaikan ucapan pada Majlis Amanat Jelajah Keluarga Malaysia di Dewan Konvensyen Kompleks Ujana Kewangan, Labuan, 23 Okt 2022. - Foto BERNAMA

Calling centre judi: 20 individu ditahan - Polis
Polis menahan 20 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan calling centre perjudian dalam talian di sebuah premis sekitar Lembah Klang, semalam.

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan.

APG 2023: Kontinjen negara cemerlang, melebihi pencapaian di Solo
Atlet negara sehingga kini merangkul 42 pingat emas, 35 perak dan 25 gangsa selepas berakhir hari kelima temasya dwitahunan hari ini.

Wanita rugi lebih RM132,000 terpedaya beli kereta terpakai tidak wujud melalui Facebook
Seorang wanita kerugian RM132,860 apabila terpedaya selepas mahu membeli kereta terpakai yang tidak wujud yang dijual di laman Facebook, 1 Jun lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Jun 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isu Pulau Pinang: Polis selesai ambil keterangan Sanusi - Bukit Aman
PDRM mengesahkan telah selesai mengambil keterangan daripada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataannya yang mendakwa Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Gempa bumi lemah Semporna: Gegaran dirasai, tiada kejadian tidak diingini - Bomba
Penduduk yang tinggal di kawasan Semporna, Sabah malam ini merasai gegaran akibat kejadian gempa bumi lemah yang melanda kawasan itu.

Jepun rancang benarkan warga asing generasi keempat keturunan Jepun peroleh pemastautin tetap
Jepun sedang menimbang untuk menyemak semula peraturan imigresennya bagi membenarkan warga asing generasi keempat keturunan Jepun memperoleh taraf pemastautin tetap.

Video wanita Malaysia hilang di Thailand mengatakan dia selamat dan sihat
Kelibat wanita dipercayai warga Malaysia yang dilaporkan hilang di daerah Mae Sai di wilayah Chiang Rai dilihat muncul dalam tiga video, membuktikan dia berada dalam keadaan yang 'selamat dan sihat'.

Cadangan projek jambatan Labuan tidak pernah ditarik balik - PM
Cadangan projek pembinaan Jambatan Labuan-Menumbok telah beberapa kali dibincangkan di peringkat Kabinet.