awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan tindakan pada pentadbir WhatsApp untuk pastikan mereka lebih bertanggungjawab - Jailani

Bernama
Bernama
27/04/2017
23:25 MYT
Cadangan tindakan pada pentadbir WhatsApp untuk pastikan mereka lebih bertanggungjawab - Jailani
Pentadbir yang bertanggungjawab tentunya akan menapis dan tidak menyebarkan berita palsu. - Gambar fail
Cadangan mengenakan tindakan undang-undang terhadap pentadbir kumpulan WhatsApp bertujuan memastikan mereka lebih bertanggungjawab mengawal aktiviti anggota kumpulan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.
Mempertahankan kenyataannya seperti yang dilaporkan mengenai cadangan itu, Jailani bagaimanapun berkata ia bergantung kepada kebenaran Peguam Negara sama ada tindakan undang-undang wajar dikenakan terhadap pentadbir kumpulan yang gagal membendung penyebaran maklumat palsu dalam kalangan anggota masing-masing.
"Pentadbir yang bertanggungjawab tentunya akan menapis dan tidak menyebarkan berita palsu secara melulu demi rasa bangga dan megah yang tidak mendatangkan sebarang faedah atau kebaikan," katanya.
Beliau berkata kesalahan di media sosial atau berkaitan internet bukan hanya terletak di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sahaja tetapi turut melibatkan undang-undang di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 dan Kanun Keseksaan.
"Pada saya begini, kenapa perlu takut, kalau dia (sesiapa) buat dia kena. Kita tahu internet ini di hujung jari tetapi kita perlulah bertanggungjawab dengan apa yang disebarkan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Simposium Penghantaran E-Dagang dan Anugerah Industri 2017 di sini pada Khamis.
Mengenai keperluan mencontohi India yang memperkenalkan undang-undang pentadbir kumpulan WhatsApp boleh dihukum penjara sekiranya anggota kumpulan terbabit menyebarkan berita palsu, Jailani berkata perkara itu perlu perincian mendalam kerana keadaan adalah berbeza.
"Keadaan berbeza, Malaysia sudah mempunyai undang-undang berkaitan yang lengkap yang tetap boleh diguna pakai bagi kesalahan sebegitu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jailani Johari
#maklumat palsu
#media sosial
#polis
#undang-undang
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan