KUALA LUMPUR: Cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat isu projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) bagi perolehan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dibawa ke Kabinet, esok.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, ketika menggulung perbahasan usul berkaitan isu itu di Dewan Negara hari ini, berkata, beliau memberikan jaminan akan membawa sendiri perkara itu untuk mendapat persetujuan Jemaah Menteri.
"Ini tanggungjawab saya untuk bawa ke Kabinet esok dan saya akan lakukan. Kabinet juga perlu persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai penubuhan sesuatu RCI," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab cadangan beberapa Ahli Dewan Negara hari ini yang menggesa kerajaan menubuhkan RCI untuk menyiasat isu LCS bagi meneliti segala aspek agar tidak ada pihak yang bersalah terlepas daripada dakwaan.
Hishammudin juga berkata berdasarkan keputusan Kabinet pada April lepas, Kementerian Pertahanan (Mindef) akan meneruskan projek LCS bagi kepentingan TLDM dalam perancangan melihat masa hadapan isu LCS tersebut.
Justeru itu, beliau berkata, Mindef akan memastikan fasa mobilisasi dapat dilaksanakan sebaik mungkin bagi membolehkan syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) memulakan rundingan dengan pengilang peralatan tulen (OEM) di Eropah dan vendor tempatan bermula 20 Jun lepas hingga 21 Dis.
Hishammuddin turut menjelaskan tiada sebarang peruntukan tambahan bagi tempoh enam bulan proses mobilisasi yang diadakan dan tiada keperluan untuk projek itu diteruskan oleh syarikat lain kerana ia akan mengambil masa untuk membuat pilihan baharu, sekali gus akan melewatkan lagi projek berkenaan.
Beliau berkata, kerajaan juga memutuskan untuk menubuhkan Jawatankuasa Tadbir Urus Khas yang akan dipengerusikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan dan Ketua Setiausaha, Kementerian Pertahanan bagi memantau secara dekat proses tempoh enam bulan mendatang.
Sementara itu, Hishammuddin memaklumkan bahawa Jabatan Perdana Menteri telah memulakan proses menyahklasifikasikan Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) dan dijangka selesai dalam masa terdekat.
Berhubung laporan pengauditan forensik LCS, katanya, Jemaah Menteri sedang menunggu maklum balas Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Audit Negara memandangkan audit forensik berkenaan dimiliki BNS dan bukannya milik kerajaan.
Selain itu, beliau juga memaklumkan empat kapal Kapal Misi Pesisir (LMS) telah diterima dan berkemungkinan kumpulan kedua kapal LMS akan dibekalkan dengan senjata supaya isu LCS tidak menjejaskan kedaulatan dan keselamatan pertahanan perairan negara.
Menyentuh mengenai pendakwaan terhadap bekas Pengarah Urusan BNS, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, Hishammuddin berkata tindakan yang diambil terhadap bekas Panglima Tentera Laut itu bukan sesuatu yang mudah dan tidak boleh dianggap perkara kecil.
Sebaliknya, beliau berkata pendakwaan itu dilakukan atas laporan PAC yang menunjukkan wujudnya penyelewangan melibatkan beberapa pegawai.
"Saya tahu kalau hendak tengok pertimbangan politik, kita hendak ahli-ahli politik didakwa yang dianggap jerung tetapi tidak bermakna yang didakwa sekarang ini ikan bilis. Ia telah diperakui oleh PAC sendiri (dalam laporan)," katanya.
Ahmad Ramli hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan pecah amanah dana syarikat itu berjumlah RM21.08 juta berhubung projek pembinaan LCS.
Sebelum ini, PAC mendedahkan sembilan prosiding berhubung isu LCS bermula 18 Nov 2020 mendapati tiada satupun kapal LCS telah disiapkan walaupun kontrak projek itu, yang diberikan secara rundingan terus bernilai RM6.083 bilion, memperuntuk lima kapal harus disiap dan diserahkan setakat Ogos 2022.
Terdahulu pada persidangan Dewan Negara, Senator Lim Hui Ying membawa usul berkenaan projek pembinaan LCS dan dibahaskan oleh 10 Ahli Dewan Negara. - BERNAMA
- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 16 2022
Cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat isu projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) bagi perolehan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dibawa ke Kabinet, esok, kata Hishammuddin Tun Hussein. - Gambar Astro AWANI
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
[EKSKLUSIF] Zainab Mohd Salleh tampil jelas dakwaan isteri kedua Dr Abdul Latiff, tuntut Rafizi mohon maaf
Buat pertama kali, Zainab Mohd Salleh yang namanya disebut Rafizi dalam siasatan projek LCS semasa kempen PRU15 bertemu wartawan.
Dituduh terlibat dalam skandal LCS, Zahid pertimbang saman Raja Petra
Zahid cabar Raja Petra kemuka bukti atas tuduhan liar itu.
Skandal LCS: Kenyataan Mindef dan BHIC bercanggah - PAC
PAC mendapat maklumat berbeza daripada Mindef dan BHIC mengenai pemadaman beberapa perenggan laporan forensik berkaitan perolehan LCS.
Skandal LCS: SPRM perlu lebih masa untuk siasatan menyeluruh - Azam
Siasatan yang dilakukan SPRM tidak hanya tertumpu kepada perkara membabitkan tadbir urus semata-mata.
Amanah gesa PAC siasat kelewatan penyerahan kapal OPV milik Maritim Malaysia
Mujahid minta siasat kelewatan penyerahan kapal peronda luar pesisir (OPV) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Dakwaan Rafizi: Polis sudah ambil keterangan Abdul Latiff
Abdul Latiff tegaskan Rafizi berbohong dalam kenyataannya demi kepentingan politik.
Skandal LCS: Abdul Latiff perlu isytihar harta, bantu siasatan jika tidak terlibat - Akmal Nasrullah
Selaku Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu, agak luar biasa jika Abdul Latiff tidak tahu mengenai kontrak LCS, dakwa Pengarah Strategi PKR.
Skandal LCS: Rafizi dakwa isteri Dr Latiff terlibat
Rafizi mendakwa, isteri kedua Dr Latiff terlibat dengan dua syarikat yang terlibat, iaitu Alizes Marine Limited, dan Alizes Marine Labuan.
Skandal LCS: Rakyat berhak tahu, kerajaan perlu telus - PM
Rakyat berhak mendapat penjelasan berhubung isu pembekalan kapal tempur pesisir (LCS) dan kerajaan tidak akan berselindung dalam hal ini kerana ia berkait soal integriti.
Skandal LCS: PH janji akan sambung siasatan, laksana strategi Kertas Putih Pertahanan
Sekiranya kembali berkuasa, PH akan pastikan pasukan pertahanan negara dibekal kelengkapan yang sesuai dan terbaik.