awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan wujud jabatan khas lindungi kanak-kanak akan dikemukakan semula - Nancy

Bernama
Bernama
20/02/2023
09:31 MYT
Cadangan wujud jabatan khas lindungi kanak-kanak akan dikemukakan semula - Nancy
Nancy (tengah) ketika beliau mengadakan lawatan ke Pusat Temuduga Kanak-Kanak Bukit Aman hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mengemukakan semula cadangan penubuhan jabatan khas bagi melindungi kanak-kanak termasuk melibatkan jenayah dan penderaan terhadap mereka, dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini.
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata cadangan itu pernah ditolak Kabinet sebelum ini kerana membabitkan peruntukan yang terlalu besar, namun kali ini saranan itu bersifat lebih holistik dan diharap dapat diberi pertimbangan sewajarnya.
"Pada Jumaat ini sebelum pembentangan Belanjawan 2023, saya sekali lagi akan mengemukakan cadangan ini dan kita akan terus mendesak bagi mewujudkan jabatan ini," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Temu Duga Kanak-Kanak (CIC), di sini, hari ini.
Menyentuh mengenai lawatannya itu, Nancy mendapati Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat memerlukan peralatan terkini dan penambahan kakitangan bagi menangani kes-kes jenayah di bawah Jabatan Siasatan Jenayah (D11).
"Kita dapati D11 memerlukan peralatan komputer terkini dan berteknologi tinggi selain sistem yang dikemas kini melibatkan penyimpanan data yang besar dan canggih bagi menangani kes-kes antaranya jenayah pornografi," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata PDRM bercadang untuk menambah bilangan CIC yang ketika ini mempunyai 14 pusat di seluruh negara.
"PDRM bercadang untuk menambah masing-masing dua di Sarawak dan Sabah manakala satu lagi di Pahang kerana keadaan demografi negeri tersebut yang besar," katanya.
CIC diwujudkan sejak 2002 sebagai pusat di bawah kendalian Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak PDRM bagi mengambil keterangan kanak-kanak yang menjadi mangsa kes jenayah seperti rogol dan penderaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perlindungan kanak-kanak
#Nancy Shukri
#jabatan khas
#Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan