Program Sesi padanan perniagaan (B2B) Malaysia-China bersempena Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2019 dilihat membuka lebih banyak peluang kepada syarikat tempatan untuk menembusi pasaran besar China.
Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ignatius Darell Leiking program itu dalam masa yang sama turut meluaskan pasaran produk Malaysia ke wilayah lain selain Guangxi.
Beliau berkata, Program julung kali diadakan itu anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dengan kerjasama Chinese Construction Bank (CCB).
"Hari ini adalah satu permuafakatan antara china melalui perdagangan (B2B), saya lihat ramai yang telah meterai perjanjian dan mereka (peniaga tempatan) lakukan yang terbaik.
"Program ini akan diteruskan oleh Matrade dan CCB dari semasa ke semasa, mereka akan cuba mendapatkan pasaran di negara lain juga sekaligus ini dilihat perkembangan positif terhadap produk Malaysia yang diiktiraf dan dipercayai masyarakat dunia," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan program sesi padanan perniagaan (B2B) Malaysia-China bersempena Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2019 di Nanning, China.
Dalam majlis yang sama, Timbalan Setiausaha Sekretariat CAEXPO Shi Chuyao berkata jumlah dagangan antara Malaysia - Guangxi pada tahun 2018 bernilai RM4.1 billion meningkat 44 peratus daripada tahun sebelumnya.
"Malaysia adalah sumber pelaburan utama kepada Guangxi bagi menarik negara ASEAN, pada tahun 2018 Malaysia menubuhkan tujuh buah Perusahaan baru di Guangxi dengan pelaburan asing bernilai 1 billion dolar peningkatan 963 peratus dan berada di ranking pertama negara ASEAN.
"Sesi padanan perniagaan China-Malaysia (B2B) adalah kaedah inovatif mengukuhkan kerjasama ekonomi dua negara, kami akan mengambil peluang untuk meningkatkan peranan Nanning serta mempromosikan perusahaan Malaysia-China dalam kerjasama pelbagai bidang, kongsi peluang perniagaan dan menyumbang kepada pembinaan komuniti ASEAN," katanya.
Sementara itu, rata-rata pengusaha syarikat tempatan dan China menunjukkan reaksi positif terhadap program tersebut dan meletakkan beberapa sasaran untuk mendapatkan rakan kongsi bersama.
Menurut peniaga tempatan, Fauziah Hussain, beliau berharap dapat bertukar strategi perniagaan, meluaskan pasaran serta meningkatkan nilai jualan sedia ada melalui program tersebut.
"Dengan adanya program ini kami harap dapat pembeli yang besar, CCB dapat membantu syarikat malaysia terutama bumiputera untuk ke platform china kerana dengan bantuan mereka kita dapat menikmati fasiliti mereka jadi kami kena belajar dan melihat perkara ini.
Bagi peniaga dari Nanning, Shen Wen Zhi berkata beliau telah bekerjasama dengan pengusaha dari Malaysia selama lima tahun dan berpendapat produk tempatan negara mempunyai kualiti dan harga yang berpatutan.
"Saya ingin memperbanyakkan lagi untuk import produk seperti rempah dan biskut dari Malaysia kerana di Nanning, produk ini amat mendapat perhatian pembeli di China," ujarnya.
Afiezy Azaman
Sat Sep 21 2019

Rata-rata pengusaha syarikat tempatan dan China menunjukkan reaksi positif terhadap program tersebut dan meletakkan beberapa sasaran untuk mendapatkan rakan kongsi bersama. - Astro AWANI/Afiezy Azaman

Dr Zulkifli ingatkan agensi kementerian, jangan ditegur Ketua Audit Negara lagi
Dr Zulkifli herap tiada ada lagi mana-mana 13 agensi kementerian menerima teguran sedemikian rupa, demi menjaga integriti dan amanah.

Undang-undang baharu diperkenalkan, mahkluk mitos Bigfoot kembali diburu!
Zon pemburuan makhluk mitos itu adalah di kawasan hutan tebal di pergunungan Ouachita, tenggara Oklahoma.

Industri kelapa sawit paling terdedah kekurangan buruh - KRI
Fatimah berkata, pengeluaran hanya mencapai seperlima daripada paras biasa atau 'Business As Usual (BAU) level'.

Kaukus Dewan Negara gesa campur tangan beberapa pihak termasuk GLC dan MNC tangani isu PdPR
Syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat multinasional (MNC), badan yayasan dan semua wakil rakyat digesa campur tangan dalam menyelesaikan isu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Isu pak cik gelang 'pink' isi minyak, janganlah cepat melatah - KP Melaka
Lelaki berkenaan bersama isteri dan anak perempuannya dalam perjalanan ke Hospital Alor Gajah untuk memotong gelang terbabit.

Anak, bapa meninggal selang beberapa jam
Anak lelaki mangsa, Zulfahmi Hasbollah, 46, ditemui tidak sedarkan diri di luar bilik mandi rumahnya.

Ada pihak sengaja rosakkan pagar LPT2 untuk buka laluan lembu ragut rumput
Sebanyak 174 kes kerosakan pagar dilaporkan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sejak 2017.

AWANI Ringkas: Setahun selepas kes pertama di Malaysia | Tun M: Ramai takut bersuara tentang darurat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00AM).

Perjuangan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 masih belum berakhir - KP Kesihatan
Menerusi perkongsian di Twitternya, beliau turut memaklumkan pengakhiran perjuangan ini masih belum berakhir.

Vaksin COVID-19 menurut perspektif Islam
Tatkala Malaysia menunggu ketibaan bekalan vaksin COVID-19 yang dijangka pada bulan hadapan, masih ada sesetengah pihak yang cuba mempertikaikan keabsahan dan kehalalan vaksin itu.

Keputusan benarkan kedai makan beroperasi hingga 10 malam bantu tingkatkan perniagaan - MEF
Keputusan untuk melanjutkan waktu operasi disambut baik, terutamanya kepada pengusaha restoran yang menghadapi kerugian.

PKP 2.0: Bank sedia lanjutkan bantuan
Pihak industri perbankan bersedia membantu peminjam yang terjejas susulan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri di Malaysia.

Kerajaan digesa beri tumpuan pada lokasi stesen HSR susulan pembatalan projek
Ini kerana penduduk di lokasi tersebut pastinya sudah menjangkakan pulangan bisnes daripada projek itu.

Bank Dunia jangka ekonomi Malaysia tumbuh 6.7 peratus tahun depan
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 6.7 peratus pada tahun 2021 susulan unjuran penurunan 5.8 peratus pada 2020 kesan pandemik COVID-19.

Belanjawan Johor 2021 diluluskan sebulat suara
Sesi penggulungan dan persetujuan berjalan lancar tanpa sebarang provokasi dan bantahan.

Ledakan bisnes 'live streaming'
Penstriman langsung memiliki potensi interaksi lebih 'happening' berbanding konsep automasi bagi jualan dalam talian.

Skim pembiayaan SME Bank terima anugerah, sokong usahawan teroka industri teknologi hijau
SME Bank diiktiraf bagi anugerah khas Pembiayaan Tenaga Lestari, kategori Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

Sabah bakal jadi hab pengeluar produk burung walit dunia - Jeffrey
Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata lembaga khas tersebut akan ditubuhkan selewat-lewatnya pada Mac 2021.

'Orang kuat' di sebalik jenama Samsung meninggal dunia
Kun-hee, 78 tahun, membina Samsung Group menjadi konglomerat Korea Selatan terbesar dan muncul sebagai individu terkaya di negara itu.

PKP pembakar semangat buat pemain boling negara mulakan perniagaan biskut
PKP mencetuskan idea buat Natasha untuk menceburi bidang perniagaan biskut dalam talian.