awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Caj elektrik RM2 untuk 100km, skuter Eclimo ES-11 buatan tempatan menjimatkan!

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
15/01/2022
08:24 MYT
Caj elektrik RM2 untuk 100km, skuter Eclimo ES-11 buatan tempatan menjimatkan!
Skuter elektrik, ES-11 menggunakan sistem pemantauan bateri (BMS) berstruktur nano, dan menjimatkan pelepasan karbon dioksida - Foto Eclimo
KUALA LUMPUR: Malaysia memiliki banyak peluang dan potensi untuk mengembangkan industri kenderaan elektrik (EV) termasuk ke pasaran ASEAN.
Pengarah Eksekutif Eclimo Sdn Bhd, Datuk Dennis Chuah berkata, pengenalan skuter elektrik buatan tempatan, Eclimo ES-11 membuktikan negara ini telah memiliki sistem teknologi yang terkini dalam mengisi permintaan di peringkat serantau.
Jelasnya lagi, ia disokong dengan trend jualan motosikal di Malaysia yang menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila mencatatkan jualan sekitar 450,000 hingga 500,000 unit dari tahun ke tahun.
"Teknologi untuk membangunkan motosikal elektrik jika dibandingkan dengan motosikal konvensional..., kita mempunyai banyak peluang. Agensi di bawah kerajaan Malaysia berusaha untuk bekerja rapat dengan kami (pengeluar kenderaan elektrik tempatan).
"Kita mahu memastikan bahawa kita (negara) memiliki teknologi terkini dan membuktikan pembangunan teknologi oleh syarikat tempatan, adalah berkesan.
"Jadi, hari ini jika anda bandingkan dengan negara ASEAN atau peringkat global bagi teknologi dengan kelajuan skuter yang boleh mencecah 100 kilometer per jam (kmj), ia tidak banyak. Maka, teknologi yang kita ada ialah teknologi terkini yang sudah dicapai," katanya kepada Astro AWANI, di sini pada Sabtu.
Eclimo dan NanoMalaysia Bhd (NMB) melancarkan motosikal elektrik, ES-11 dengan sistem pemantauan bateri (BMS) berstruktur nano
Eclimo dan NanoMalaysia Bhd (NMB) melancarkan motosikal elektrik, ES-11 dengan sistem pemantauan bateri (BMS) berstruktur nano
BACA: NanoMalaysia, Eclimo lancar e-motosikal dengan sistem pemantauan
Awal Disember tahun lalu, Eclimo dan NanoMalaysia Bhd (NMB) melancarkan motosikal elektrik, ES-11 dengan sistem pemantauan bateri (BMS) berstruktur nano.
BMS boleh memantau keadaan bateri dan menghantar makluman apabila voltan bateri menurun.
Ia juga dilengkapi dengan sistem pengesan dan perkhidmatan berdasarkan lokasi (geo-fencing) yang boleh dikawal melalui aplikasi mudah alih, selain ES-11 mempunyai sistem pengecasan soket palam tiga pin yang mudah.
Mengulas lanjut, Chuah berkata pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada 450,000 jualan unit motosikal di negara ini, dan eksport ke negara-negara ASEAN.
Katanya, pihaknya mengambil masa lima tahun untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) khususnya pada bahagian bateri sebelum ES-11 dikeluarkan.
Teknologi yang dibangunkan dapat menjimatkan pelepasan karbon dioksida sehingga tujuh kilogram
Teknologi yang dibangunkan dapat menjimatkan pelepasan karbon dioksida sehingga tujuh kilogram
Lebih penting jelasnya, teknologi yang dibangunkan dapat mengurangkan pelepasan karbon dioksida sehingga tujuh kilogram atau dianggarkan 2.5 tan setahun untuk setiap pengguna.
Chuah menambah menerusi inisiatif yang digerakkan oleh kerajaan termasuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), permintaan terhadap skuter elektrik turut menunjukkan peningkatan berbanding tahun-tahun sebelumnya.
"Satunya kerana ia mampu mengurangkan karbon dioksida dan yang kedua kerana kos. Walaupun petrol di Malaysia diberikan subsidi, tetapi kita hanya menggunakan tiga pin soket untuk pengecasan untuk 100km dengan harga tidak sampai RM2. Ia memang menjimatkan.
"Bagi penyelenggaraan pula, skuter elektrik tidak memerlukan minyak pelincir, spark plug atau enjin... Jadi ia bukan hanya menjimatkan elektrik tetapi juga bahagian alat ganti," ujarnya lagi.
Harga jualan untuk versi asas bermula dari RM10,501.00 termasuk pendaftaran dan insurans, sementara versi ES-11 Pro pula bermula daripada RM14,500.
Dua model yang dikhususkan untuk kegunaan komersial, ES-11 Delivery dan ES-11 Utility masing-masing memiliki tanda harga RM14,500 dan RM14,700.
Topic Berkaitan
#skuter elektrik
#Eclimo ES-1
#Penjualan motosikal Malaysia
#berita Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan