awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NanoMalaysia, Eclimo lancar e-motosikal dengan sistem pemantauan

Bernama
Bernama
10/12/2021
01:10 MYT
NanoMalaysia, Eclimo lancar e-motosikal dengan sistem pemantauan
NMB dan Eclimo melancarkan motosikal elektrik dengan sistem pemantauan bateri (BMS) berstruktur nano yang dikenali sebagai ES-11. -Bernama
KUALA LUMPUR: NanoMalaysia Bhd (NMB) dan Eclimo Sdn Bhd telah melancarkan motosikal elektrik dengan sistem pemantauan bateri (BMS) berstruktur nano yang dikenali sebagai ES-11.
Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Eksekutif Eclimo, Datuk Dennis Chuah berkata ES-11, yang berharga RM14,000, telah menjana nilai jualan lebih RM18 juta setakat ini.
"Pasaran e-motosikal menyaksikan trend yang semakin meningkat di seluruh dunia dan kami mahu turut serta dalam 'gelombang' itu.
"Ini telah menghidupkan semula tumpuan dan komitmen kami terhadap inovasi teknologi hijau dan mengurangkan jejak karbon," katanya.
Chuah berkata Eclimo juga berada di Thailand, dan ia akan memanfaatkannya untuk ES-11 berkembang ke pasaran serantau.
BMS boleh memantau keadaan bateri dan menghantar makluman apabila voltan bateri menurun. Ia juga dilengkapi dengan sistem pengesan dan perkhidmatan berdasarkan lokasi (geo-fencing) yang boleh dikawal melalui aplikasi mudah alih.
ES-11 mempunyai sistem pengecasan soket palam tiga pin yang mudah. Ini menyelesaikan masalah yang sering berlaku pada kenderaan elektrik (EV) -- kekurangan infrastruktur dan stesen pengecasan.
"Sel bateri litium-ion berasaskan nano mempunyai kitaran hayat sebanyak 1,000 cas dan setiap pengecasan akan membolehkan jarak perjalanan sejauh 100 kilometer (km) dan akan menjimatkan pelepasan karbon dioksida sehingga tujuh kilogram," katanya.
Pada 2020, saiz pasaran EV global berjumlah US$246.7 bilion (US$1=RM4.22) dan dijangka meningkat sehingga US$1.318 trilion menjelang 2028.
Sementara itu, saiz pasaran EV berkelajuan rendah di Asia Pasifik diunjurkan mencecah 71.8 juta unit menjelang 2025, kata NMB.
Ketua Pegawai Eksekutif NMB Dr Rezal Khairi Ahmad berkata aplikasi nanoteknologi dalam sektor pengangkutan telah menjadi kenyataan dengan pembangunan ES-11 sebagai kes penggunaan dan yang pertama menunjukkan kejayaan di Malaysia.
"Pasaran kenderaan dua roda mempunyai potensi yang sangat besar kerana ia menawarkan keterangkuman mobiliti elektrik yang lebih besar dalam kalangan demografi rakyat melalui kemampuan yang ketara.
"Adalah penting untuk kami membangunkan kes penggunaan dengan jayanya di Malaysia sebagai platform untuk pengembangan serantau dan global," katanya.
Rezal berkata ini akan membolehkan NMB menunjukkan faedah yang diperoleh apabila menggunakan teknologi nano, dalam kes ini, Internet Pelbagai Nano (Internet of Nano Things) dan bateri berstruktur nano untuk membangunkan industri pengangkutan elektrik dan mobiliti kepada pelabur.
"Adalah menarik untuk mengambil perhatian bahawa sistem storan tenaga di sini boleh dipindahkan ke mod kenderaan lain sekali gus menyediakan potensi penggunaan sisi baharu komersial," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#motosikal elektrik
#Eclimo
#NanoMalaysia
#Dennis Chuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan