awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MN belum serius, Kerajaan Perpaduan ikrar tumpu nasib rakyat hingga PRU16 - PM Anwar
Anak perempuan Kim Jong Un lakukan kunjungan pertama ke makam keluarga
AirBorneo lancar penerbangan pertama, catat era baharu dalam kesalinghubungan Sarawak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Caj perkhidmatan bukan cukai - Chua

Bernama
Bernama
06/02/2015
07:35 MYT
Caj perkhidmatan bukan cukai - Chua
CHUA: Caj perkhidmatan yang dibayar oleh pengguna selama ini bukan cukai kerajaan, sebaliknya caj yang dikenakan oleh perniagaan. -Gambar fail
Caj perkhidmatan yang dibayar oleh pengguna selama ini bukan cukai kerajaan, sebaliknya caj yang dikenakan oleh perniagaan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.
Sehubungan itu katanya pengguna berkemungkinan tetap dikenakan caj tersebut apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dikuat kuasa 1 April ini.
Menurut Chua pada masa ini perniagaan restoran misalnya mengenakan kedua-dua cukai perkhidmatan dan caj perkhidmatan.
"Cukai perkhidmatan ini akan diganti dengan CBP namun caj perkhidmatan tetap ada," katanya kepada pemberita selepas perbincangan meja bulat mengenai CBP antara Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, di sini hari ini.
"Caj perkhidmatan bukan pendapatan kerajaan. Ia dicaj oleh perniagaan. Syarikat mungkin masih mengenakan caj ini selepas pelaksanaan CBP," katanya yang diminta mengulas mengenai tanggapan salah bahawa caj perkhidmatan merupakan satu bentuk cukai dan dikenakan oleh kerajaan.
Sementara itu, Chua memberi jaminan kerajaan tidak akan mengenakan penalti kepada syarikat yang melakukan kesilapan yang tidak disengajakan dalam tempoh dua tahun pertama pelaksanaan CBP.
Katanya antara kesilapan itu ialah perhitungan kurang tepat berikutan masalah perisian.
"Buat permulaan kerajaan tidak akan mengenakan denda, malah audit yang akan dilakukan pihak kastam adalah bertujuan untuk memberi nasihat dan panduan," katanya.
Menurutnya audit itu akan diadakan sepanjang tempoh dua tahun pertama pelaksanaan CBP.
Topic Berkaitan
#caj perkhidmatan
#CBP
#Chua Tee Yong
#cukai kerajaan
#GST
#kastam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan