Calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman akan memastikan masalah pengangguran di kawasan itu dapat diselesaikan dengan menggariskan beberapa inisiatif untuk mewujudkan peluang pekerjaan.
Antara inisiatif berkenaan adalah penekanan dalam bidang pendidikan dengan memberi fokus kepada kolej komuniti selain akan mendirikan lebih banyak industri-industri kecil di kawasan ini.
Anifah berkata, melalui inisiatif ini lebih banyak peluang pekerjaan yang akan dapat ditawarkan kepada penduduk Kimanis yang seterusnya akan menyelesaikan masalah pengangguran di kawasan itu.
Tambahnya, menerusi Program Jaminan Orang Muda setiap belia yang mendaftar dengan karnival kerjaya BN mempunyai jaminan untuk ditawarkan kerja dalam masa enam bulan.
"Para belia di kawasan ini mendapat banyak manfaat dengan penubuhan kolej komuniti ini, kerana ia menjadi platform kepada anak-anak kita untuk menuntut ilmu kemahiran.
"Selain memberi fokus kepada bidang pendidikan kita juga akan menubuhkan lebih banyak industri kecil di kawasan ini agar dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk Kimanis," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Program Jualan Sentuhan Rakyat , di Tapak Tamu Membakut, hari ini.
Anifah yang menjadi ahli parlimen Kimanis sejak tahun 2008 bertembung dalam tiga penjuru iaitu Datuk Karim Bujang dari Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Jaafar Ismail dari parti Harapan Rakyat bagi merebut kerusi berkenaan dalam pilihan raya kali ini.
Sementara itu, Karim yang dilihat bangkit semula dan bergiat aktif dalam politik juga senada dengan Anifah, yang mana beliau turut meletakkan isu peluang pekerjaan sebagai agenda utama dalam perjuangan beliau.
Karim yang pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan sejak 1990 namun tidak bertanding pada pilihan raya yang lalu, mengambil keputusan untuk terlibat dalam politik pada pilihan raya kali ini kerana melihat kerajaan sedia ada masih gagal menyelesaikan masalah rakyat di kawasan itu.
Mengambil masalah pengangguran di kawasan itu sebagai aspirasi utama buat penduduk Kimanis, Karim juga optimis dalam menyelesaikan masalah kemudahan infrastruktur dan tanah di kawasan berkenaan.
"Ramai anak-anak muda di kawasan ini yang memiliki kelulusan ijazah dan diploma dalam pelbagai bidang tetapi masih ramai yang menganggur kerana kekurangan peluang pekerjaan.
"Melihat kepada permasalahan ini satu langkah penyelesaian perlu kita ambil selain mempergiatkan lagi industri lain seperti perikanan, pertanian dan penternakan," katanya.
Ruzaini Zulkepli
Sat May 05 2018
ANIFAH bertembung dalam tiga penjuru iaitu Datuk Karim Bujang dari Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Jaafar Ismail dari parti Harapan Rakyat bagi merebut kerusi berkenaan dalam pilihan raya kali ini.
Pemeriksaan imigresen di terminal feri Labuan mungkin dikaji semula susulan kebimbangan ekonomi
Ia berikutan kebimbangan mengenai kesannya terhadap ekonomi pulau bebas cukai itu, khususnya sektor pelancongan.
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Calon-calon Kimanis perjuang atasi masalah pengangguran
Calon Barisan Nasional (BN) Kimanis Datuk Seri Anifah Aman akan memastikan masalah pengangguran di kawasan itu dapat diselesaikan dengan menggariskan beberapa inisiatif mewujudkan peluang pekerjaan.