awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon luah rasa gembira dengan keputusan STPM

Astro Awani
Astro Awani
02/03/2015
10:41 MYT
Calon luah rasa gembira dengan keputusan STPM
Secara keseluruhannya, kesemua 23 mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan STPM 2014 telah mencatatkan peratusan lulus penuh melebihi 60 peratus, iaitu Gred C dan ke atas. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Orang ramai meluahkan rasa gembira dengan Keputusan Sijil Tinggi Persekolah Malaysia (STPM) yang diumumkan hari ini yang dapat dilihat secara keseluruhannya menunjukkan peningkatan dalam semua aspek, termasuk peratusan calon yang mendapat A serta peratusan lulus penuh.
Di media sosial, rata-rata mereka yang merupakan calon STPM 2014 berasa gembira dengan keputusan masing-masing dan meluahkan rasa bangga kepada sekolah mereka dengan pencapaian itu.
Ada juga calon yang meluahkan berasa bersyukur dengan keputusannya walaupun tidak mencapai keputusan cemerlang seperti calon yang lain.
alhmdlilah smka shams sheikh haji mohd said memperoleh tempat pertama dalam kputusan stpm di Malaysia!
— BintangKoala ^_^ (@ELIESHAHANA) March 2, 2015
Alhamdulillah , SMKDZM masih kekal 100% lulus STPM .
— fthh (@ayufatihaha) March 2, 2015
Congratulation and big applause to my brother for his good results and achievement in STPM 2014...
— Suriani Suaidi (@suriani_suaidi) March 2, 2015
stpm 100% lulus. congrats senior2 pra-u agaseh.
— Qielaaaaaaaa (@ShakilaAmiraaa) March 2, 2015
SMJ menjadi sekolah lonjakan terbaik stpm 2014 peringkat kebangsaan.. Tahniah.. Wuuuuu
— syazwan (@syazwansyuwari) March 2, 2015
Tidak kurang juga ada juga yang meluahkan perasaan tidak sabar untuk menjejak ke menara gading selepas mendapat keputusan mereka hari ini.
Best of luck yaa for student stpm batch 95 esok! Semoga dapat result yg cemerlang & masuk u! Aminnnnnn! @form6confession
— sera (@syaerasainudin) March 1, 2015
@ha5jum hahah tu lah tu . Tapi harap ada rezeki masuk u hmm selalu cikgu aku cakap cemtuu . Haha dak stpm plg terbaik /p>— _tata (@tatadjelita) March 2, 2015
STPM at last, trending xD #STPM2014, kita jumpa kat U nanti. Insya Allah :D
— CRAZYis4MINUTE (@Nisya_Official) March 2, 2015
Kata kunci 'STPM' juga terus membanjiri susur masa dan menjadi antara topik utama perbincangan di Twitter sejak pagi tadi selepas keputusan peperiksaan itu diumumkan.
Secara keseluruhannya, kesemua 23 mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan STPM 2014 telah mencatatkan peratusan lulus penuh melebihi 60 peratus, iaitu Gred C dan ke atas.
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin ketika mengumumkan perkara itu berkata peratusan calon yang mendapat lulus penuh dalam satu hingga lima mata pelajaran juga meningkat daripada 96.85% pada tahun 2013 kepada 97.81% pada tahun 2014.
Topic Berkaitan
#2014
#Mohd Noh Dalimin
#pendidikan
#STPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan