awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Australia gesa semua pihak sokong dialog di Venezuela
Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak dan Johor beransur pulih
Starlink janji internet percuma untuk Venezuela hingga 3 Februari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon SPA perlu lalui empat proses saringan

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
04/04/2017
03:41 MYT
Calon SPA perlu lalui empat proses saringan
JOSEPH ENTULU BELAUN: Kaedah ini memerlukan calon melalui empat proses saringan iaitu tapisan awal, peperiksaan dalam talian, penilaian kompetensi dan yang temu duga. -Gambar fail
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerima 1.56 juta permohonan tahun lalu namun hanya 25,046 kekosongan jawatan untuk lantikan tetap ditawarkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun berkata ia penurunan daripada 1.63 juta permohonan dengan kira-kira 24,000 kekosongan pada 2015.
Bagaimanapun jumlah ini memberi peluang kepada kerajaan memilih calon yang benar-benar layak untuk bekerja.
"Pada masa ini, SPA telah melaksanakan kaedah pengambilan yang dipanggil 'My Recruitment'. Kaedah ini memerlukan calon melalui empat proses saringan iaitu tapisan awal, peperiksaan dalam talian, penilaian kompetensi dan yang temu duga," katanya.
Joseph menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Lubok Antu (BN) William Nyalau Badak yang bertanya,"Apakah punca calon yang telah lama memohon pekerjaan di SPA tidak pernah dipanggil temu duga."
Selain itu William turut bertanya tentang rungutan daripada rakyat mengenai perkara ini dan apakah tindakan kerajaan untuk mengatasinya.
Joseph menjelaskan antara kriteria yang dititikberatkan ialah calon temu duga SPA perlu dilihat berketerampilan, perlu mempunyai ciri kepimpinan dan jati diri.
Dalam pada itu, jelasnya, tidak timbul soal sokongan daripada orang kenamaan dalam isu penerimaan calon untuk bekerja.
Topic Berkaitan
#Joseph Entulu
#kekosongan jawatan
#lantikan tetap
#SPA
#Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan