awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon SPM ditemui lemas, tergelincir di Sungai Besut

Bernama
Bernama
28/11/2017
13:52 MYT
Calon SPM ditemui lemas, tergelincir di Sungai Besut
Mayat mangsa dijumpai berdekatan kawasan dia dilaporkan tergelincir, beberapa minit selepas kejadian. - Gambar hiasan
Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui lemas setelah tergelincir lalu terjatuh ke dalam Sungai Besut kira-kira pukul 5 petang tadi.
Zulfaiz Zulkarmi, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Hulu Besut, merupakan antara pelajar terbaik sekolah tersebut dan sempat menduduki kertas Ekonomi Asas SPM pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi yang mengesahkan kejadian itu berkata mayat mangsa dijumpai berdekatan kawasan dia dilaporkan tergelincir, beberapa minit kemudian.
Sementara itu datuk mangsa, Hashim Seman, 61, ketika ditemui pemberita di rumah mayat Hospital Besut berkata cucunya itu tinggal bersamanya sejak berusia 14 tahun setelah bapanya meninggal dunia dan ibunya berhijrah ke Dungun.
Katanya sebelum kejadian, Zulfaiz bergegas keluar rumah untuk menemui rakannya berdekatan jambatan kayu di sungai tersebut, yang terletak kira-kira 150 meter dari rumahnya di Bukit Payong.
"Ketika berada di situlah cucu saya dikatakan tergelincir dan terjatuh ke dalam Sungai Besut yang ketika itu airnya sangat dalam akibat hujan lebat," katanya yang mengakui sering kali mengingatkan mangsa supaya tidak ke sungai di musim tengkujuh kerana bimbang berlaku pelbagai musibah ekoran Zulfaiz tidak tahu berenang.
Hashim berkata mayat cucunya itu ditemui oleh anaknya (bapa saudara mangsa) Mohamad Azam, 17, yang turut berada di tempat kejadian dan bertekad terjun ke sungai untuk cuba menyelamatkan mangsa.
Beliau yang bekerja sebagai petani sempat melahirkan perasaaan terkilan kerana cucuya itu merupakan pelajar harapan sekolah dan pernah memperoleh 10A dalam peperiksaan PT3 dua tahun lepas.
Turut berada di rumah mayat ialah Ketua Pegawai pelajaran Daerah Besut, Ab Halim Hassan, Pengetua sekolah, Abdullah Zawawi, guru-guru dan penduduk kampung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#calon SPM
#lemas
#SPM
#Sungai Besut
#zulfaiz zulkarmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan