awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon UPSR dapat D kertas Bahasa Melayu boleh terus ke tingkatan satu

Bernama
Bernama
23/11/2016
23:03 MYT
Calon UPSR dapat D kertas Bahasa Melayu boleh terus ke tingkatan satu
Pembaharuan itu dilihat dapat menjimatkan tempoh persekolahan murid terlibat memandangkan kelas peralihan mengambil masa setahun untuk sesi pembelajaran. -Gambar fail
Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang memperoleh D dalam kedua-dua kertas Bahasa Melayu boleh memasuki tingkatan satu tahun depan tanpa perlu melalui kelas peralihan.
Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan berkata pembaharuan itu dilihat dapat menjimatkan tempoh persekolahan murid terlibat memandangkan kelas peralihan mengambil masa setahun untuk sesi pembelajaran mengikut silibus ditetapkan dengan menumpukan kepada penguasaan Bahasa Melayu.
Beliau berkata surat pekeliling berhubung langkah berkenaan akan diedarkan ke Jabatan Pendidikan negeri-negeri dalam tempoh terdekat.
"Bagaimanapun, murid yang mendapat keputusan satu D dan satu E bagi mana-mana kertas Bahasa Melayu masih perlu memasuki kelas peralihan, namun boleh membuat rayuan kepada sekolah sekiranya ingin terus ke tingkatan satu.
"Pentadbir sekolah akan menilai setiap rayuan itu berdasarkan kepada kelayakan akademik murid dan ibu bapa yang ingin berbuat demikian boleh menyemak tarikh tutup dengan pihak sekolah," katanya kepada Bernama, di sini malam tadi.
Beliau ditemui selepas menyampaikan anugerah kecemerlangan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Hicom, Seksyen 27 di sini, dan merasmikan dewan serbaguna sekolah berkenaan.
Katanya jumlah calon UPSR tahun ini daripada SJKT yang mendapat keputusan E bagi kedua-dua kertas Bahasa Melayu, hanya 10 peratus daripada keseluruhan calon yang menduduki peperiksaan berkenaan. -- Bernama
Topic Berkaitan
#p kamalanathan
#Timbalan Menteri Pendidikan
#Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
#UPSR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan