awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DBKL laksana Projek Mitigasi Banjir Kilat Jangka Sederhana sekitar Padang Merbok
Dua daripada lima pekerja muda UK ambil cuti akibat lesu upaya
Indonesia perketat pemeriksaan haiwan bagi cegah kemasukan virus PPR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cameron Highlands dicemari warga asing?

Hilmi Malik
Hilmi Malik
04/12/2019
02:05 MYT
Cameron Highlands dicemari warga asing?
Astro AWANI melakukan tinjauan di sekitar Cameron Highlands bagi mendapatkan reaksi penduduk setempat berhubung kehadiran warga asing di kawasan itu yang bebas berkeliaran dan memandu walaupun ia bertentangan dengan undang-undang.
Pusat peranginan Cameron Highlands yang merupakan antara tumpuan destinasi pelancong dalam dan luar negara kini tidak seindah dahulu.
Ia seakan-akan tercemar apabila situasi terkini memperlihatkan lokasi itu sebagai lubuk warga asing yang menguasai kawasan terbabit.
Pada asalnya, golongan itu hanya datang bekerja sebagai pembantu kebun, namun kemudiannya mereka mula bertindak berani dengan memandu kenderaan berat tanpa lesen dan bergerak bebas di jalan raya meskipun hakikatnya mereka tidak dibenarkan memandu kenderaan komersial.
Perbuatan mereka ini sekali gus mampu mengundang bahaya kepada keadaan sekeliling.
Tanpa sebarang pengalaman, apatah lagi asas dalam pemanduan kenderaan berat, kelompok ini bebas berkeliaran memandu kenderaan berat, dan lebih buruk lagi, membawa kenderaan lebih muatan serta telah diubahsuai.
Lebih buruk lagi, tindakan itu didorong pihak majikan yang seakan-akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan mudah kerana tidak perlu menggajikan pemandu lain yang mempunyai lesen sepatutnya.
Menurut seorang peniaga, Jamaludin Lawani, 66 tahun, ahli keluarganya sendiri pernah mengalami situasi yang membahayakan itu.
"Anak saudara saya sendiri pernah kena. Apabila berhenti di bonggol jalan, mereka langgar belakang, dan tidak mengaku salah," katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui baru-baru ini.
"Mereka (warga asing) tak takut dengan kita. Dia takut dengan 'boss' dia sahaja. Jadi, bila boss dia datang, baru selesai masalah itu", kata Jamaludin yang telah menetap di Cameron Highlands selama 50 tahun.
Sementara itu, seorang pelancong tempatan, Arzahar Jaafar, 52 tahun, berkata, kumpulan itu seolah-olah tidak menghiraukan pengguna jalan raya lain apabila memandu mengikut 'kepala sendiri'.
"Dia dengan selamba memotong (kenderaan lain), turun bukit, naik bukit ikut kepala dia sahaja. Memang perangai mereka macam itu. Sampai satu masa, kita pula yang jadi ngeri dengan mereka ini," katanya.
Difahamkan, golongan warga asing ini begitu mudah mendapat kenderaan terpakai untuk digunakan dalam aktiviti harian walaupun kebanyakan mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan serta lesen yang sah.
Tiada apa yang diharapkan oleh penduduk setempat, termasuk pengunjung, selain meminta agar pihak berkuasa lebih bersikap 'buka mata' berhubung isu terbabit demi memelihara keindahan Cameron Highlands sebagai destinasi 'agrotourism' yang gah suatu ketika dahulu.
Topic Berkaitan
#Cameron Highlands
#lubuk warga asing
#pelancong
#peniaga
#pusat peranginan
#tercemar
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan