awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Campak ular: Polis tidak menolak wujud unsur penderaan - KPN

Astro Awani
Astro Awani
20/10/2016
11:05 MYT
Campak ular: Polis tidak menolak wujud unsur penderaan - KPN
KHALID: Pada hemat saya memang ada unsur penderaan sebab yang mengikuti program itu adalah pelajar sekolah bukannya komando. - Gambar fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan terdapat unsur dera dalam kem latihan jati diri di Perak yang melibatkan sekumpulan murid dipaksa berjalan dalam kolam yang dicampak ular.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kes terbabit kerana tidak wajar murid dikenakan latihan sedemikian.
"Pada hemat saya memang ada unsur penderaan sebab yang mengikuti program itu adalah pelajar sekolah bukannya komando.
"Kita sedang mencari perakam video berkenaan bukan untuk menahannya tetapi untuk mendapatkan maklumat dan gambaran mengenai kes itu," katanya selepas merasmikan Perpustakaan Bestari Samsung di Pusat Latihan Polis, (PULAPOL) di ibu negara pada Khamis.
Insiden anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mencampakkan ular ke dalam kolam itu berlaku sewaktu kem bina diri yang disertai 45 murid SK Beluru.
Rakaman video yang tersebar sejak beberapa hari lalu turut mendapat kritikan netizen yang menganggap tindakan itu boleh mendatangkan trauma kepada pelajar.
BACA: Kementerian Pendidikan kecewa dengan 'latihan ular' di sekolah
BACA: Latihan ular di sekolah: Melampau dan terlalu bodoh - Netizen
BACA: Campak ular dalam kolam, jurulatih APM disiasat
Bagaimanapun, APM Perak sudahpun menggantung 10 kakitangannya yang terlibat dalam video berkenaan.
Semua kakitangan itu juga tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam program kurikulum sekolah sehingga inkuiri selesai.
Topic Berkaitan
#campak ular
#Ketua Polis Negara
#Khalid Abu Bakar Kuala Kangsar
#polis
#ular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan