awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Canselor Jerman sasar hadkan pekerja bersara awal

Bernama
Bernama
11/12/2022
21:15 MYT
Canselor Jerman sasar hadkan pekerja bersara awal
Scholz menggariskan rancangan kerajaan untuk mewujudkan peluang yang lebih baik bagi golongan muda dan melabur dalam pendidikan profesional. -Gambar fail/AP
BERLIN: Kerajaan Jerman bercadang untuk mengehadkan bilangan pekerja yang bersara awal terutama membabitkan sektor buruh, kata Canselor Olaf Scholz.
"Jumlah pekerja yang boleh bekerja sehingga tempoh berpencen perlu ditingkatkan.
"Bagi merealisasikan hasrat ini, kita perlu memperkasakan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak dan sekolah sepanjang hari," lapor Agensi Akhbar Jerman, dpa memetik canselor sebagai berkata dalam ucapannya, yang diterbitkan oleh kumpulan media Funke dan akhbar Perancis Ouest-France.
Pekerja di Jerman memilih bersara awal dan meninggalkan perkhidmatan buruh pada usia 63 atau 64, meskipun syarikat Jerman berdepan masalah kekurangan kemahiran, menurut institut penyelidikan populasi.
Umur persaraan dijangka ditingkatkan daripada 65 kepada 67 tahun menjelang 2031 secara beransur-ansur.
Scholz menggariskan rancangan kerajaan untuk mewujudkan peluang yang lebih baik bagi golongan muda dan melabur dalam pendidikan profesional.
Scholz berkata Jerman juga memerlukan golongan migran dari negara lain untuk menjamin kemakmurannya.
Di kebanyakan negara, kewarganegaraan boleh didapati selepas lima tahun, dan itu sepatutnya menjadi standard di Jerman "dan jika anda boleh berbahasa Jerman, mencari rezeki sendiri dan tidak melakukan sebarang jenayah," kata Scholz.
Kerajaan telah mempembaharui peraturan mengenai imigresen dan kewarganegaraan bagi memudahkan proses berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Olaf Scholz
#bersara awal
#bekerja sehingga tempoh berpencen
#canselor jerman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan